Nagaenthran Jalani Hukuman Gantung: Ini Apa Yang Perlu Diketahui
Nagaenthran Jalani Hukuman Gantung: Ini Apa Yang Perlu Diketahui
KES warga Malaysia, Nagaenthran K Dharmalingam yang dijatuhi hukuman gantung sampai mati pada Rabu, atas kesalahan menyeludup dadah di Singapura menarik perhatian antarabangsa.
Pelbagai usaha dilakukan untuk ‘menyelamatkan’ Nagaenthran, 34, yang sebelum ini menunggu hukuman mati selama lebih sedekad.
27 April:
– Nagaenthran dihukum gantung pada awal pagi tadi.
– Upacara pengebumian Nagaenthran dijangka dijalankan di Ipoh, Perak pada Jumaat.
Memetik laporan portal The Star, kediaman keluarga Nagaenthran di Tanjung Rambutan di Ipoh, sudah dipenuhi dengan kaum keluarga terdekat yang sedang membantu keluarga membuat persiapan terakhir buat mendiang.
26 April:
Mahkamah Rayuan Singapura menolak rayuan terakhir yang difailkan ibu Nagaethran untuk mencabar keputusan bagi mengetepikan sabitan dan hukuman mati terhadap anaknya.
Keputusan itu menamatkan ikhtiar saat akhir warga Malaysia itu yang dijadualkan dihukum gantung pada Rabu (27 April) selepas Mahkamah Rayuan mengekalkan hukuman mati ke atasnya bulan lalu.
23 April:
Tokoh perniagaan Britain, Richard Branson serta pelakon dan penulis Stephen Fry, merayu Singapura untuk menyelamatkan Nagaenthran.
22 April:
Kumpulan hak asasi manusia, Anti-Death Asia Network (ADPAN) menyerahkan memorandum kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN) bagi menggesa agar Nagaenthran yang dihukum gantung sampai mati atas kesalahan menyeludup dadah di Singapura dibawa pulang menerusi Program Pemindahan Antarabangsa Banduan (ITOP).
30 Mac:
Mahkamah Singapura menolak rayuan terhadap pelaksanaan hukuman mati Nagaenthran yang disabitkan dengan kesalahan penyeludupan dadah.
Mahkamah Rayuan menolak hujah dikemukakan pasukan peguam bahawa Nagaenthran perlu dikecualikan daripada hukuman itu kerana mengalami masalah ketidakupayaan mental dan merupakan orang kurang upaya (OKU) pembelajaran.
3 Disember 2021:
Presiden Singapura Halimah Yacob berkata, Nagaenthran telah diberikan proses undang-undang yang sewajarnya.
7 Nov 2021:
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dilapor menulis surat kepada rakan sejawatannya dari Singapura Lee Hsien Loong memohon kelonggaran dalam kes itu.-AA
Nagaenthran Jalani Hukuman Gantung: Ini Apa Yang Perlu Diketahui
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Aliff Syukri hadir beri keterangan kepada SKMM
- Gempa bumi landa Kundasang
- Banduan paling berbahaya di Britain dibenar bela burung
- Peminat sedih lihat keadaan Zamani sakit tulang belakang
- UMNO Selangor tak halang Khir buat come back – Noh
- TV9, ST Rosyam Mart tawar ayam RM1.49 seekor
- Pemuda UMNO gesa segera siasat hakim perbicaraan Najib
- Pakej rawatan muka RM20,000 laris menjelang Syawal
- Posmen maut kereta bertembung pacuan empat roda
- Bapa cekik rakan sekelas anak
- Nenek durjana paksa cucu minum whiskey hingga maut
- Jiran gila lempar 7 bom tangan
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Pemuda OKU Tangisi Pemergian Bapa Undang Sebak Netizen (Video)
Rayuan akhir Najib, 94 alasan dikemukakan untuk Mahkamah Persekutuan
You must be logged in to post a comment.