Keputusan Pas Kekal, Tidak Akan Sertai ‘Khemah Besar’ PH- Sanusi

Keputusan Pas Kekal, Tidak Akan Sertai ‘Khemah Besar’ PH- Sanusi

Pas tetap dengan pendirian untuk tidak sesekali menyertai ‘khemah besar’ politik yang dipelopori Pakatan Harapan (PH) meskipun telah berkali-kali ditawarkan untuk menyertainya.

Pengarah Pilihan Raya Pas Pusat, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor, menegaskan bahawa pendirian itu sudah dibincangkan secara bersama antara parti-parti didalam Perikatan Nasional (PN).



Tambah beliau, strategi untuk bekerjasama dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) juga tidak akan diulangi, memandangkan Pas telah merasainya selama 20 tahun termasuk ketika membentuk Pakatan Rakyat (PR).

“PN bincang (sebelum ini) untuk benda itu (bekerjasama melalui khemah besar), Pas telah buat keputusan untuk tidak menyertai, Pas menolak rancangan itu,

PN ini kalau Pas tidak turut serta, dia pun tidak cukup, tidak boleh pergi, pergi tak cukup kerusi nak buat apa, baik tak payah pergi. 
 “Pas tolak rancangan untuk menyertai Pakatan Baru, melibatkan PKR, kata orang tanpa DAP, tanpa DAP atau bersama DAP tidak mungkin (Pas sertai), kita sudah ada pengalaman 20 tahun bersama PKR dalam Pakatan Rakyat, dan semua strategi tidak akan berulang lagi, (apa sahaja) benda yang kita pernah buat dengan PKR,” katanya.

Sanusi berkata demikian ketika sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Mingguan Exco Kerajaan Negeri Kedah di Wisma Darul Aman, Alor Setar pada Rabu.



Sebelum ini, Timbalan Presiden Amanah, Datuk Seri Salahuddin Ayub menyatakan bahawa kerjasama antara Pakatan Harapan (PH) dengan mana-mana parti dalam kerajaan bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) belum dimuktamadkan.

Menurutnya, sebarang perbincangan dengan mana-mana parti termasuk Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) sedang diteliti oleh pucuk pimpinan PH.

Menurut Ahli Parlimen Pulai itu, perbincangan dengan parti lain termasuk Bersatu tidak boleh dihalang kerana ia sebahagian daripada polisi dalam PH.-AA

Keputusan Pas Kekal, Tidak Akan Sertai ‘Khemah Besar’ PH- Sanusi



Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Pemuda OKU Tangisi Pemergian Bapa Undang Sebak Netizen (Video)



Rayuan akhir Najib, 94 alasan dikemukakan untuk Mahkamah Persekutuan



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker