PH sedia berunding dengan mana-mana parti untuk kerjasama PRU15 – Saifuddin

PH sedia berunding dengan mana-mana parti untuk kerjasama PRU15 – Saifuddin

Pakatan Harapan (PH) bersedia untuk berunding dan berbincang dengan mana-mana parti politik untuk bekerjasama dalam menghadapi pilihan raya umum ke-15 (PRU15), kata Setiausaha Agung PH Saifuddin Nasution Ismail.

Beliau yang juga setiausaha agung PKR, berkata pendekatan itu merupakan pendirian PH sebagaimana yang dicapai menerusi pemukiman pimpinan PH, di Port Dickson, tahun lalu.

“PH bersedia untuk membawa pendekatan berunding dengan semua, andai kata kekuatan PH tidak memungkinkan lagi untuk mengalahkan parti pemerintah.

“Jadi penegasannya, pendekatan (PH) adalah berunding dan berbincang.. dengan siapa itu adalah terbuka.. itu adalah ayat asal dalam resolusi PH,” katanya pada sidang media, di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kenyataan Timbalan Presiden Amanah Salahuddin Ayub, yang menggesa kepimpinan PH untuk tidak terus menutup ruang perbincangan bersama semua parti politik blok pembangkang menjelang PRU15.

Salahuddin berkata, perbincangan itu termasuklah perbincangan bersama Bersatu dan PAS. FMT

PH sedia berunding dengan mana-mana parti untuk kerjasama PRU15 – Saifuddin


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Nabila Huda Trauma Lihat Muka Peguam Siti Bainun

Mawar Karim Akui Sedang Bercinta

Prank Melampau Pegang Tangan Isteri Orang (Video)

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker