Nga umum letak jawatan timbalan speaker

Nga Kor Ming hari ini mengumumkan meletak jawatan sebagai timbalan speaker Dewan Rakyat berkuatkuasa serta-merta.

Peletakan jawatan Nga yang juga adalah ahli parlimen Teluk Intan dibuat sebelum usul menggugurkannya dibentangkan di Dewan Rakyat sebaik sidang bermula selepas berhenti rehat.

Menurutnya, keputusan itu adalah sebagai simbol solidariti susulan keputusan Dewan Rakyat hari ini yang meluluskan usul mengosongkan jawatan Mohamad Ariff Md Yusof sebagai speaker.

“Saya mengumumkan meletakkan jawatan serta-merta. Saya hanya mahu berkhidmat kepada kerajaan yang diberi mandat oleh rakyat,” katanya dalam sidang media di Parlimen hari ini.



Terdahulu, usul kerajaan untuk mengosongkan jawatan speaker Dewan Rakyat diluluskan dengan 111 bersetuju dan 109 membantah.

MK

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker