Lelaki didakwa rahsia sumber emas 100 kg

Lelaki didakwa rahsia sumber emas 100 kg

Seorang ahli perniagaan dihadapkan di Mahkamah Sesyen di sini hari ini, atas tuduhan pengubahan wang haram dengan merahsiakan sumber 100 kepingan emas anggaran 100 kilogram (kg), wang tunai RM3.4 juta serta AS$1.25 juta.

Choo Hin Voon, 44, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di depan Hakim Ahmad Kamar Jamaludin.

Hin Voon didakwa merahsiakan sumber kepingan emas dan wang tunai berkenaan di pejabat Jabatan Siasatan Jenayah Komersial di Menara KPJ, Jalan Tun Razak, di sini, di antara 23 Jun 2021 hingga 7 April lalu.

Kepingan emas dan wang tunai itu dirampas dua pegawai polis di rumah di No 70, Jalan Batu Nilam 25, Bandar Bukit Tinggi, Klang, pada 14 dan 19 April tahun lalu.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Subseksyen 4(1) (a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (Akta 613) yang boleh dihukum mengikut Subseksyen 4(1) akta sama.

Jika disabitkan kesalahan, tertuduh boleh dipenjarakan tidak melebihi 15 tahun dan boleh didenda tidak kurang lima kali ganda jumlah atau nilai hasil daripada aktiviti haram atau RM5 juta, yang mana lebih tinggi.

Hin Voon turut didakwa dengan niat memperdaya dengan suatu catatan palsu melalui dokumen pernyataan bertulis akuan bersumpah mengikut Seksyen 49 akta sama.

Catatan palsu itu adalah berhubung sumber kepingan emas dan wang tunai berkenaan hasil daripada aktiviti haram.

Jika disabitkan dengan tuduhan itu, Hin Voon boleh didenda tidak melebihi RM3 juta atau dipenjarakan tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya sekali.

Timbalan Pendakwa Raya, Harris Ong Mohd Jeffery Ong menawarkan ikat jamin RM100,000 bagi setiap tuduhan dengan syarat tambahan, iaitu pasport diserahkan kepada mahkamah.

Bagaimanapun, peguam Hin Voon, Abdul Hakeem Aiman, memohon mahkamah memberi kelonggaran dan menetapkan ikat jamin mengikut tahap kesalahan itu yang disifatkan tidak berat seperti membunuh.

Selain Abdul Hakeem, tertuduh turut diwakili Aidil Akmal Sharidan.

Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM200,000 dengan seorang penjamin dan perlu melaporkan diri di balai polis berdekatan setiap bulan.

Mahkamah menetapkan sebutan semula kes pada 30 Mei depan. BH

Lelaki didakwa rahsia sumber emas 100 kg


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Dipaksa Makan Najis? 10 Fakta Baru Kes Penderaan Bella

Daphne Iking rasa janggal tanpa tudung

Wanita Malaysia tumbuh ‘tanduk’ pada payudara

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker