PRN Sarawak: PAS bertanding sebab GPS bukan komponen PN – Tuan Ibrahim

PRN Sarawak: PAS bertanding sebab GPS bukan komponen PN – Tuan Ibrahim

PAS mengambil keputusan bertanding pilihan raya negeri ke-12 (PRN12) Sarawak selepas mengambil kira Gabungan Parti Sarawak (GPS) bukan komponen Perikatan Nasional (PN), kata Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man.

Katanya, GPS hanya berperanan sebagai parti mesra dengan kerajaan Pusat sahaja.

“GPS bukan komponen dalam PN. Mereka hanya mesra dengan kerajaan pusat, jadi saya fikir tujuannya bukan untuk menstabilkan politik di peringkat Pusat.

“Bagi PAS, yang menjadi komponen dalam PN dan Bersatu, kita sambut baik bukan sahaja Sabah dan Sarawak, malah mana-mana pihak yang menyokong kestabilan politik negara,” katanya menurut laporan Sinar Harian.

Tuan Ibrahim turut menafikan dakwaan bahawa PAS menentang GPS dalam PRN berkenaan.

Beliau berkata, setiap parti politik mempunyai hak untuk bertanding dan PAS juga ada keperluan berbuat demikian.

Dalam pada itu, Tuan Ibrahim berkata, walaupun jumlah kerusi yang bakal dipertandingkan pada PRN Sarawak masih dalam penelitian, PAS akan bertanding kurang daripada 11 kerusi, tidak seperti PRN Sarawak sebelum ini.

“Jumlah kerusi masih sedang diteliti, namun ia tidak besar. Dulu kita bertanding sebanyak 11 kerusi, tapi kali ini mungkin tak sampai jumlah tersebut untuk melepaskan angin orang politik,” katanya.

Beliau berkata, selain itu, PAS juga mahu melihat prestasi petugas yang perlu diberi latihan susulan PRN Sarawak dijalankan dalam keadaan norma baharu. FMT

PRN Sarawak: PAS bertanding sebab GPS bukan komponen PN – Tuan Ibrahim


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

Selepas siakap dan sotong kini muncul pula ‘Roti Canai Kayangan’ di Langkawi

Mampu Tiru Enam Bunyi Enjin Kereta 100% Real (Video)

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker