Rezeki balik kampung bawa kereta baharu

Hanif bergambar bersama kereta Proton X70 1.8L Executive 2WD yang berjaya dimenanginya pada majlis penyampaian kempen LBS Fabulous 2021 di KITA @ Cybersouth hari ini.

SEPANG – Seorang bapa kepada dua anak tidak menyangka memenangi cabutan bertuah sebuah kereta Proton X70 1.8L Executive 2WD menerusi kempen LBS Fabulous 20-21 anjuran syarikat pemaju hartanah terkemuka Malaysia, LBS Bina Group Berhad (LBS).

Hanif Abdul Rahman, 34, yang juga kakitangan bahagian perkhidmatan pelanggan berkata, hadiah yang dimenangi itu sebagai rezeki dan akan menggunakannya pulang ke kampung menyambut Aidilfitri untuk tahun ini.

“Saya dan isteri berasal dari Pahang dan insya-Allah akan menggunakan kereta ini pulang ke kampung. Buat masa ini tidak pasti mahu jual atau tidak, jika keperluan mendesak (mungkin) menjualnya.

“Kami sudah memiliki sebuah kereta dan saya akan gunakan yang lama, manakala kereta ini saya hadiahkan pada isteri,” katanya ketika ditemui pada penyampaian hadiah kempen LBS Fabulous 20-21 di KITA @ Cybersouth di sini hari ini.

Kesemua 1,200 pemenang bagi kempen pusingan pertama dan kedua adalah pembeli rumah projek perumahan di bawah LBS dengan hadiah utama disampaikan oleh Pengerusi Eksekutif LBS, Tan Sri Lim Hock San.

Dalam pada itu, Hanif berkata, dia membeli sebuah unit kondominium berharga RM300,000 di Puncak Alam, Selangor dan sewaktu pengumuman pemenang cabutan bertuah, ia dibuat secara langsung menerusi Facebook LBS.

“Tidak sangka menang sebab sewaktu pusingan pertama, saya tengok nama tak naik dan rupanya ia naik waktu pusingan kedua. Tapi saya tak tengok ‘live’ pusingan kedua kerana sangkakan memang tak menang.

“Ia ditayangkan pada 29 Mac lalu dan keesokan hari, pihak LBS menghantar mesej menerusi aplikasi WhatsApp memaklumkan saya menang hadiah kereta. Alhamdulillah, ini pertama kali menang cabutan bertuah,” katanya.

Pengarah syarikat produk makanan dan minuman (F&B), Chong Ai Li, 36, yang memenangi kereta Proton Exora CVT Executive berkata, hadiah kereta itu akan digunakan bersama keluarga memandangkan dia sudah mempunyai kereta lain.

“Ini kereta kedua dan ia boleh digunakan membawa ibu bapa dan adik-beradik lain berjalan-jalan. Saya pun tak sangka menang cabutan bertuah.

“Waktu diumumkan, memang nampak nama tapi saya ingatkan mungkin orang lain tetapi nama sama. Bila dah sampai ke sini dan tengok nama saya, baru percaya memang betul saya menang,” katanya yang juga pembeli rumah projek perumahan LBS di Bukit Jalil.

Selain pemenang tersebut, enam lagi hadiah kereta ialah tiga unit Proton Persona 1.6 CVT Standard dan tiga unit Proton Iriz CVT serta pelbagai lagi jenis hadiah dengan keseluruhan bernilai RM1.16 juta untuk pusingan pertama dan kedua.

Cabutan bertuah ini terbuka kepada pembeli rumah yang membeli dari senarai hartanah terpilih LBS dengan harga melebihi RM250,000 mulai 1 Januari 2020 hingga 31 Disember 2021.

Antara projek yang mengambil bahagian termasuk KITA @ Cybersouth, LBS Alam Perdana dan Prestige Residence yang baru dilancarkan

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Tengku Hassanal Kongsi Momen Bertemu Tengku Aleya, Sempat Kena ‘Sound’ Dengan Raja Permaisuri Agong

Resepi Ayam Masak Merah Ala Kenduri, Tak Guna Sebarang Sos Pun

Laptop Tak Mampu Beli, Tapi Pakai iPhone – Rani Kulup

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker