Instafamous Ini Dipenjara 10 Tahun Atas Kesalahan Serangan Seksual Pada Budak 13 Tahun

Instafamous Ini Dipenjara 10 Tahun Atas Kesalahan Serangan Seksual Pada Budak 13 Tahun

SEORANG selebriti Instagram menerima hukuman penjara selepas melakukan perbuatan tidak bermoral ke atas seorang budak lelaki berusia 13 tahun.

Wanita bernama Esra Ersoy itu telah melakukan penderaan seksual terhadap budak lelaki itu pada Ogos tahun lalu.

Wanita berusia 36 tahun itu mengetuk sebuah rumah di wilayah Mulga, Turki pada 22 Ogos 2021 ketika mangsa bersendirian di rumah.

Pada waktu itu, Esra berkata dia melarikan diri daripada teman lelakinya dan jika dia tidak dibenarkan masuk, maka dia akan dipukul kekasihnya.

Mangsa yang risau dengan keadaan Esra lantas mengajaknya masuk ke dalam rumah.

Esra kemudiannya menggunakan dadah di hadapan mangsa dan turut mengeluarkan kata-kata lucah.

Menurut pendakwa raya pada perbicaraan itu, Esra menarik seluar mangsa dan melakukan serangan seksual ke atas remaja itu.

Mangsa yang terkejut segera menolak Esra dan berkata dia tidak mahu meneruskan perbuatan tersebut.

Mangsa memberitahu ibunya tentang apa berlaku dan melaporkan kejadian itu kepada balai polis.

Semasa perbicaraan, Esra tidak mengaku telah melakukan gangguan seksual terhadap mangsa dan mendakwa masuk ke rumah tersebut untuk mengecas telefon bimbitnya.

Dalam perbicaraan terakhir pada 11 Mac, wanita itu yang bermastautin di Mersin, Turki itu dijatuhkan hukuman penjara 10 tahun. – Wolipop.Detik.com.

Instafamous Ini Dipenjara 10 Tahun Atas Kesalahan Serangan Seksual Pada Budak 13 Tahun

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Tengku Hassanal Kongsi Momen Bertemu Tengku Aleya, Sempat Kena ‘Sound’ Dengan Raja Permaisuri Agong

Resepi Ayam Masak Merah Ala Kenduri, Tak Guna Sebarang Sos Pun

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker