12 tong bahan kimia ditemui terjatuh di tepi jalan di Ipoh

12 tong bahan kimia ditemui terjatuh di tepi jalan di Ipoh

IPOH: Sebanyak 12 tong yang mengandungi bahan kimia ditemui bertaburan di tepi jalan di Jalan Tun Abdul Razak (Jalan Maxwell), di sini, hari ini.

Empat daripada tong tersebut didapati bocor menyebabkan berlaku tumpahan ke atas jalan raya.

Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, pihaknya mereka menerima panggilan mengenai kejadian itu pada 9.50 pagi.

Katanya, bahan-bahan yang terkandung di dalam tong berwarna biru itu ialah Bio Tergas AS 40, T-Gum AHG, Royol Process 250T dan Octowet 70D.



Menurutnya, empat tong yang berlaku tumpahan ialah masing-masing dua tong T-Gum dan Octowet 70D.

“Pihak HAZMAT (Pasukan Khas Bahan Kimia Berbahaya) berjaya meneutralkan bahan tersebut dengan air serta memindahkannya ke dalam tong berasingan.

“Anggota HAZMAT memakai pakaian khas serta membuat penjarakan yang selamat kepada orang awam di lokasi bagi memudahkan operasi pengasingan.

“Kerja-kerja ‘flushing’ dilakukan untuk menghilangkan kesan-kesan bahan yang tumpah,” katanya dalam kenyataan di sini.

Menurut jurucakap itu lagi, tong-tong berkenaan kemudiannya diserahkan kepada pihak Jabatan Alam Sekitar (JAS) untuk tindakan selanjutnya



Sementara itu, Pengarah JAS Perak, Rosli Zul ketika dihubungi berkata, tong tersebut dipercayai terjatuh dari lori sebuah kilang di Tasek.

Menurutnya, pihak pemilik telah hadir ke lokasi dan pihaknya akan menjalankan siasatan lanjut, termasuk bagaimana tong-tong tersebut boleh terjatuh.-AA

12 tong bahan kimia ditemui terjatuh di tepi jalan di Ipoh

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392



Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Dipaksa Makan Najis? 10 Fakta Baru Kes Penderaan Bella

Daphne Iking rasa janggal tanpa tudung

Wanita Malaysia tumbuh ‘tanduk’ pada payudara

Related Articles

Back to top button
%d bloggers like this:

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker