Mujahid marah ahli parlimen disamakan dengan beruk

Mujahid marah ahli parlimen disamakan dengan beruk

Ahli Parlimen Parit Buntar, Datuk Seri Mujahid Yusof Rawa tidak bersetuju dengan sebuah potret melakarkan suasana dalam Parlimen yang ahlinya dilukis terdiri daripada spesies primat dan amfibia.

Beliau menyifatkan menghukum semua ahli Dewan Rakyat sebagai beruk, kera dan monyet adalah keterlaluan biarpun atas piawaian sebuah satira.



“Sebagai seorang Ahli Parlimen Muslim, saya turut protes satira politik ini kerana ia melanggar etika dan adab berpandukan nilai-nilai dalam al-Quran dan Sunnah Nabi S.A.W.

“Surah Hujurat ayat ke-11 jelas melarang mencemuh dan merendah-rendahkan sesuatu golongan serta melarang gelar-menggelar dengan panggilan yang buruk (dalam hal ini lebih buruk, sebuah lukisan).

“Satira dalam apa juga bentuknya perlulah menghormati adab-adab seorang Muslim,” katanya turut menjelaskan semua pihak perlu menghormati pilihan pengundi, kerana mereka juga tidak mahu disabitkan sebagai pengundi beruk dan kera.

“Ahli legislatif adalah nama kepada tugas mulia yang diamanahkan. Biarpun masyarakat lebih selesa memanggil kami Ahli Parlimen atau YB (Yang Berhormat). Syarat untuk layak sebagai ahli legislatif bagi Dewan Rakyat ialah seseorang perlu memenangi kawasan parlimen atau konstituensi yang ditandinginya dengan majoriti mudah.



“Keberadaan mana-mana Ahli Parlimen dalam dewan adalah mewakili kelebihan undi diperolehinya secara demokrasi pilihan raya yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan. Pengundinya yang akan ‘menghukum’ atau ‘memberi kredit’ kepada wakil-wakil mereka berpandukan kepada prestasi masing-masing,” katanya dalam kenyataan di Facebook.

Beliau bagaimanapun, menerima kritikan lukisan itu secara terbuka biarpun tidak bersetuju sikap melabel secara pukal ke atas semua Ahli Parlimen apatah lagi kemuliaan Parlimen digambarkan begitu rupa.

“Setiap Ahli Parlimen mahupun pelawat ditetapkan untuk tunduk hormat sebelum duduk di kerusi masing-masing sebagai memuliakan dewan. Saya tidak fikir kita berbuat demikian ketika memasuki zoo atau kandang haiwan!,” katanya.

Semalam media melaporkan sebuah lukisan yang menggambarkan keadaan Parlimen diisi beruk dan katak menarik perhatian Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.



Hanya Speaker dan pegawai Parlimen digambarkan sebagai manusia dalam lukisan itu.

Menerusi satu hantaran di Facebook, Selangor Royal Office, Sultan Selangor menzahirkan rasa berkenan baginda untuk membeli karya lukisan itu dan menggantungnya di bilik kerja peribadi baginda. BH

Mujahid marah ahli parlimen disamakan dengan beruk


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Dipaksa Makan Najis? 10 Fakta Baru Kes Penderaan Bella

Daphne Iking rasa janggal tanpa tudung



Wanita Malaysia tumbuh ‘tanduk’ pada payudara



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker