Mawar Karim Jawab Tuduhan Tak Bayar Hutang , Dedah Individu ‘S’ Sengaja Reka Cerita

Mawar Karim Jawab Tuduhan Tak Bayar Hutang , Dedah Individu ‘S’ Sengaja Reka Cerita

USAHAWAN tudung popular, Mawar Karim tampil memberi respon terhadap dakwaan kononnya dia melarikan diri daripada membayar hutang dan bakal diisytihar bankrap.

Mawar mendedahkan terdapat individu yang digelar sebagai nama ‘S’ sengaja memfitnahnya sejak dari tahun lalu.

“Wahai S tak habis-habis lagi reka cerita fitnah fasal saya. Tahun lalu fasal SJR, cukup setahun fasal lari hutang, tiba-tiba mai bankrap pulak dah,” katanya.

Bekas isteri kepada pelakon Fizo Omar itu berkongsi perkara berkenaan dalam Insta Story akaun Instagram (IG) miliknya.

Semalam, media melaporkan Mawar bakal diiystiharkan bankrap selepas didakwa melarikan diri daripada membayar hutang sebanyak RM720,000.

“Nak bagi saya malu satu Malaysia, jangan one day terbalik pula ceritanya. Orang tahu siapa gerangan S ni,” ujarnya lagi.

Pada Selasa, mStar melaporkan bekas isteri pelakon Fizo Omar itu berdepan dengan tindakan pengisystiharan bankrap selepas didakwa ingkar perjanjian dan tidak membayar pinjaman berjumlah RM720,000 daripada seorang sahabat.

Mawar didakwa meminjam wang dengan jumlah tersebut daripada seorang kenalan bernama Nabil Mat Jahya bagi tujuan modal memulakan perniagaan.

Mawar Karim dedah WhatsApp - Panas Giler

Mengikut perjanjian bertulis antara kedua-duanya Mawar dikehendaki membayar pinjaman itu secara ansuran atau jumlah penuh dalam tempoh tujuh bulan bermula tarikh pinjaman iaitu pada 7 Jun 2021.

Menurut peguam yang mewakili Nabil iaitu Nik Zarith dari firma Mohd Ashraf Nik Zarith & Co, selepas lebih 10 bulan, Mawar gagal untuk melangsaikan hutangnya.

Justeru satu notis tuntutan bayaran dihantar kepada Mawar namun tiada jawapan.

Pihaknya kemudian memfailkan tuntutan saman di Mahkamah Seksyen Bangi, Selangor pada Januari lalu

Untuk rekod, pada Mei tahun lalu, Mawar dituduh mempunyai hubungan istimewa dengan pemimpin politik Pas.

Gosip itu tular di aplikasi WhatsApp mendakwa usahawan itu berada dalam sebuah kenderaan bersama Ahli Parlimen Kuala Nerus, Datuk

Dr Mohd Khairuddin Aman Razali semasa melalui SJR Perasing, Kemaman, Terengganu.

Bagaimanapun, Mawar menjelaskan perkara tersebut fitnah dan dia berada di Kuala Lumpur pada tarikh tersebut.

Selain perniagaan tudung, Mawar juga mempunyai perniagaan barang kemas atau emas.

Terdahulu hasil perkahwinan Mawar dengan Fizo sebelum ini mereka dikurniakan seorang anak iaitu Mariam.-mSTAR/AA

Mawar Karim Jawab Tuduhan Tak Bayar Hutang , Dedah Individu ‘S’ Sengaja Reka Cerita

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Dipaksa Makan Najis? 10 Fakta Baru Kes Penderaan Bella

Daphne Iking rasa janggal tanpa tudung

Wanita Malaysia tumbuh ‘tanduk’ pada payudara

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker