Paras Oksigen Anak Amyra Dan Amar Menurun ‘Semoga Allah Angkat Kesakitan Ayra Aryssa’

Paras Oksigen Anak Amyra Dan Amar Menurun ‘Semoga Allah Angkat Kesakitan Ayra Aryssa’

“SEMOGA Allah angkat kesakitan Ayra Aryssa. Berikan kesembuhan. Berikan kesabaran buat Amyra & Amar.”

Begitulah sekeping doa hantaran oleh pelakon Noorkhiriah buat anak kepada pelakon Amyra Rosli dan Amar Baharin.

Bukan sahaja Noorkhiriah malah rakan-rakan artis yang lain dan juga peminat mendoakan agar anak kedua Amyra dan Amar iaitu Ayra Aryssa, 2 tahun, yang dijangkiti penyakit Kawasaki dan ditahan di sebuah pusat perubatan akan segera sembuh.

Penyakit Kawasaki adalah keradangan saluran darah (vaskulitis) terutamanya membabitkan kanak-kanak berusia bawah lima tahun.

Instagram story Noorkhiriah

Semoga Allah Makbulkan Doa Untuk Adik

Amar juga sangat berterima kasih kepada rakan-rakan serta peminat yang sudi mendoakan kesembuhan buat anak kesayangannya.

“Ramai kawan-kawan Daddy dan Mommy doakan adik.

“Semoga Allah makbulkan doa-doa diorang untuk adik cepat sembuh, diberi kasihatan yang baik, sembuh sepenuhnya tanpa meninggalkan kesan.

“Dengan izin Allah. Terima Kasih semua. Daddy miss you sayang @ayraaryssa,” tulis Amar.

“Daddy Tahu Adik Kuat!”

Malah Amar juga tidak lekang dari memohon doa. Bukan itu saja dia juga percaya Ayra Aryssa merupakan seorang anak yang kuat.

“Thank you Mama @nelly.rosli tolong jaga adik kat hospital. Mama Nell kata adik dah senyum tgk video tadi. Alhamdulillah. Daddy tau adik kuat!!! Adik fighter!!!

“Daddy nak adik fight sampai sihat. Daddy sentiasa doa Allah angkat sakit-sakit yang adik rasa tu. Allah beri kesembuhan cepat untuk adik.

“Daddy rindu nak tgk adik & abg jumping on a trampoline kat rumah. Daddy rindu adik so much,” kongsi Amar.

Ayra Kini Stabil Dipantau Tahap Oksigen

Menerusi hantaran di Instagram Stories Amyra pula berkongsi tentang Ayra Aryssa yang kini berada dalam keadaan stabil walaupun masih dipantau tahap oksigennya.

“Aryssa masih lagi dipantau tahap oksigennya. Tapi, Alhamdulillah, oksigen Aryssa dah semakin stabil dan masih lagi dengan ubat-ubat yang dimasukkan.

“Banyak sangat ubat dah masuk dalam badan dia selama empat hari ini. Saya sendiri tak sanggup tengok dia telan dan dimasukkan ubat di samping beberapa ujian darah

“Ini ujian yang saya kena lalui. Anak kecil yang tak tahu apa-apa, dan tak fasih bercakap apa-apa lagi kena jangkitan Kawasaki yang sangat teruk.

“Tapi, saya percaya, Allah akan berikan persembahan kepada dia dan terima kasih kepada kalian yang tidak henti doakan serta kongsikan ikhtiar,” kongsi Amyra.-MW

Mingguan Wanita : Allahu semoga Ayra Aryssa cepat sembuh ya!

Sumber / Sumber Foto : Instagram Amyra Rosli & Instagram Amar Baharin

Paras Oksigen Anak Amyra Dan Amar Menurun ‘Semoga Allah Angkat Kesakitan Ayra Aryssa’

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Bazar Ramadan 2022: Ini senarai 18 bazar yang terbaik seluruh negara

Bayar atau tak boleh keluar dari Malaysia

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker