Nabil amal solat qada 17 rakaat sebelum Subuh
Nabil amal solat qada 17 rakaat sebelum Subuh
Penghijrahan pelakon, pelawak dan pelakon popular, Nabil Ahmad, 38, banyak memberikan inspirasi pada rakan dan peminat.
Namun, Nabil mendedahkan, dia pernah ditegur seorang ustaz agar tidak terlalu memaksa diri disebabkan melakukan solat qada sebanyak 17 rakaat sebelum menunaikan solat Subuh, setiap pagi.
Kata Nabil, solat 17 rakaat itu adalah bilangan solat lima waktu dalam sehari yang pernah ditinggalkan, sebelum ini.
“Saya bercerita Ustaz Wadi Annuar, saya menunaikan solat 17 rakaat dan tahajud sebelum menunaikan solat Subuh.
“Saya qada solat yang saya tinggalkan, sebab sehari kita wajib solat 17 rakaat.
“Maknanya, saya sudah bangun tidur jam 3.30 pagi. Dia kata boleh, tetapi jangan buat begitu. Sebab takut sekarang saya bersungguh-sungguh, nanti saya tinggalkan semua apabila penat.
“Dia menasihatkan saya untuk buat sikit demi sikit, tetapi istiqamah. Istiqamah paling penting dan paling susah nak dapat. Sebab ada orang, pada awal semangat, kemudian tinggal terus amalan,” katanya kepada BH Online.
Nabil berkata, itu adalah pengakhiran yang tidak diingini.
“Jika boleh buatlah sikit demi sikit, tetapi istiqamah dan memperoleh pengakhiran baik.
“Sebab tak tahu bila Allah nak jemput kita dalam keadaan yang macam mana,” katanya.
Tambah Nabil, kerisauan utama adalah istiqamah. Disebabkan itu, dia selalu berdoa agar Allah sentiasa mendekatkan dirinya dengan orang yang berilmu.
“Memang ketika menghadiri majlis ilmu atau ‘keluar’, kita yakin, tetapi risau apabila balik rumah sahaja, semuanya goyah,” katanya yang merancang menghadiri ilmu di Bangladesh, India dan Pakistan.
Tahun ini adalah tahun ketiga Nabil aktif menyertai majlis ilmu dan menyebarkan dakwah bersama jemaah tabligh.
Kongsi Nabil, pada awal menyertai jemaah tabligh dirinya jahil seperti tidak pandai membaca al-Quran.
“Selepas kali pertama saya selesai ‘keluar’, keadaan saya boleh tahan teruk. Saya tidak boleh mengaji al-Quran.
“Memang jahil sangatlah. Solat Subuh memang ke ‘laut’. Saya dengar azan dan lalu depan masjid, tetapi saya hanya solat di rumah sahaja.
“Tetapi, selepas saya keluar berdakwah, Allah berikan kenikmatan kepada saya untuk merasakan kemanisan Islam itu sendiri. Nikmat itu hanya orang yang ‘keluar’ sahaja dapat rasa.
“Selagi seseorang itu tak ‘keluar’, dia tidak akan dapat rasa nikmatnya,” katanya.
Justeru, Nabil berkata, dia bersyukur diberikan peluang dan hidayah untuknya mendekatkan diri dengan Allah dan Islam.
Dalam pada itu, Nabil berkongsi, dia gembira diberikan rezeki menunaikan umrah pada 10 terakhir Ramadan bersama isterinya, Zira Ayub.
“Alhamdulillah dari 2015, Allah berikan saya kemudahan untuk menyambut 10 terakhir Ramadan di Tanah Suci Makkah. Kali terakhir, saya pergi pada 2018.
“Ini kerana selepas pandemik COVID-19 menyerang, kita tak dapat ke luar negara. Jadi, sekarang baru ada peluang untuk kembali ke Tanah Suci Makkah.
“Saya rindu nak ziarah Nabi Muhammad SAW, nak buat umrah dan sebagainya,” katanya yang juga memperlahankan aktiviti seninya untuk fokus pada ibadat puasa. BH
Nabil amal solat qada 17 rakaat sebelum Subuh
Baca Artikel Menarik:
- Pandu 130km cari line internet, belajar dalam bonet kereta (Video)
- GOpinjam macam lintah darat, pengguna persoal kadar faedah setinggi 36%
- Aizat, Elyssa Bahagia Jalin Cinta, ‘Dia Ajak Saya Solat Bersama, Terus Jatuh Hati’ – Elyssa
- Kes saman: Saya tak pernah rayu sokongan mana-mana parti – Ismail
- Ceti Haram Salah Alamat
- Syamsul Debat, Dusuki dilarang ceramah di Selangor?
- Wanita Rusia adakan kempen gunting beg Chanel
- Nelayan Rusia temui anak naga
- Zamani Slam goyang jadi juri
- Pemandu Kurier Lesap Hantar Beg Louis Vuitton Harga RM6.5k
- Geng YakYakYeh, dulu plastik hitam kini beg hitam!
- Pekerja dikenakan tindakan kerana diskriminasi kaum – Mr DIY
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Bazar Ramadan 2022: Ini senarai 18 bazar yang terbaik seluruh negara
‘Tiga beradik’ Juadah Istimewa Menjadi Rebutan Di Bulan Ramadan
You must be logged in to post a comment.