Jangan banding kos haji Malaysia dengan Indonesia, perkhidmatan jauh berbeza
Jangan banding kos haji Malaysia dengan Indonesia, perkhidmatan jauh berbeza
Oleh SAIFOL BAHARI ASHAARI
SEKALI lagi isu kos mengerjakan haji berulang. Setiap kali musim haji, perkara ini sudah pasti berbangkit. Orang ramai sentiasa bimbang adakah caj untuk mereka mengerjakan haji bersama Tabung Haji (TH) tahun ini akan meningkat.
Terbaharu, TH menyatakan kos sebenar untuk mengerja haji pada tahun 2022 telah meningkat kepada RM25,000.00, berbanding RM22,900.00 pada 2019 yang menunjukkan berlaku peningkatan.
Faktor kenaikan kos ini tidak dapat dielakkan kerana kes virus Covid19 yang masih melanda seluruh dunia yang memerlukan pengurusan di Arab Saudi menguruskan jemaah haji dengan SOP yang ketat dan seterusnya menyumbang kenaikan kos untuk mengerjakan haji.
Situasi ini jauh berbeza sebelum berlakunya Covid19 melanda dunia. Jemaah haji Malaysia terpaksa menerima hakikat kenaikan ini di luar kawalan oleh TH. Bagaimanapun, kos sebenarnya yang dibayar oleh jemaah haji Muasassah kali pertama masih tetap RM9,980.
Bila pihak TH mengumumkan kos sebenar untuk mengerjakan haji tahun ini meningkat, ada komen-komen dari netizen yang menerimanya dengan baik dan tidak kurang juga menyatakan ia tidak sepatutnya berlaku.
Malahan, ada yang menyarankan agar TH belajar dari negara Indonesia kerana kos untuk mengerjakan haji mereka adalah lebih murah yang dikatakan dalam linkungan RM20,000.
Jika dilihat secara amnya memanglah nampak kos TH lebih mahal tapi adakah netizen yang membuat komen memahami operasi mengurus jemaah haji di tanah suci ini?
Berikut beberapa operasi yang diuruskan TH sepanjang musim-musim haji sebelum ini di mana saya juga pernah ikut serta sebagai petugas TH tahun 2003/2004 dan sebagai jemaah haji tahun 2019.
Kita ambil contoh sebelum jemaah mengerjakan haji:-
Pihak TH mengadakan kursus setiap minggu hingga kursus haji perdana negeri-negeri (semua ini diberi secara percuma) di Indonesia tidak kursus haji untuk jemaah hani mereka semua itu bergantung pada sheikh-sheikh yang menguruskan mereka.
Pemeriksaan kesihatan sebelum berlepas juga percuma.
Kemudahan check-in dari dalam negara lagi di KLIA diberi kemudahan ini oleh kerajaan Arab Saudi kerana sistem pengurusan yang cekap. Jika sebelum ini jemaah haji terpaksa melalui pemeriksaan imigresen yang mengambil masa lama di lapangan kapal terbang di Arab Saudi.
Itu yang melibat pengurusan sebelum ke tanah suci, sekarang mari kita lihat bila jemaah berada dari lapangan kapal terbang, bagasi yang dibawa dari sana akan disusun petugas dan dihantar sampai ke bilik-bilik penginapan jemaah. Mudah bukan?
Jarak maktab-maktab penginapan jemaah haji Malaysia pada tahun 2019, 750 meter ke satu kilometer ( berbanding jemaah haji Indonesia paling dekat 5 kilometer tahun 2019). Untuk ke Masjidil Haram, mereka perlu mengambil chater bas atau ada antara mereka yang terpaksa berjalan berkilo-kilo meter.
Pemandangan itu dapat dilihat di jalan-jalan utama sekitar Mekah. Bagi jemaah haji Malaysia, kita hanya perlu jalan kaki sahaja dan boleh hadir setiap waktu ke masjidil haram. Ini nikmat yang sukar diperolehi jemaah dari Indonesia.
Kemudahan yang perolehi jemaah di maktab-maktab masing-masing.
a) Klinik kesihatan umtuk para jemaah haji jika sakit memerlukan rawatan ada dua hospital iaitu hospital Aziziah dan Shisha siap dengan doktor- doktor pakar (percuma)
b) Kemudahan bank mengeluarkan wang bila di perlukan. Waris-waris boleh masukan wang di Malaysia jemaah boleh mengeluarkannya ditanah suci (percuma). Tidak perlu lagi membawa wang tunai yang banyak sepanjang berada di tanah suci (sebelum ada kemudahan online banking).
c) Makan sehari dua kali tengahari dan malam secara bungkus dengan membawa chef- chef dari Malaysia memasak makanan cita rasa Malaysia.
d) Bagi memastikan ibadah haji jemaah haji sempurna kursus intensif juga diadakan dari semasa ke semasa terutama bila menjelang hari wuquf. Selain itu juga di sediakan ustaz- ustaz dan ustazah pada jemaah haji yang ada kemusykilan mengenai ibadah mereka.
TH juga menyedia pakar-pakar kaunseling untuk jemaah yang ada masalah sepanjang berada di tanah suci. Semua itu disediakan di setiap maktab-maktab penginapan secara percuma.
e) Tidak lupa pasukan Lipan Bara TH iaitu petugas yang akan memakai baju merah dan 24 jam ditugaskan berada di beberapa lokasi sekitar Masjidil Haram untuk membantu jemaah Malaysia yang sesat atau bermasalah.
6) Kemudahan di Padang Arafah dan Mina.
Khemah-khemah jemaah haji Malaysia juga adalah antara khemah yang terbaik disediakan oleh pihak Arab Saudi dengan kemudahan alat pendingin hawa.
Apa yang boleh saya katakan sepanjang operasi TH ditanah suci ia umpama membawa sebuah kerajaan kecil ke sana dengan semua kemudahan-kemudahan lengkap. Setiap tahun pengurusan TH mendapat pengiktirafan dari kerajaan Arab Saudi. Semua itu dirasai oleh saya sendiri dan ribuan jemaah haji Malaysia sepanjang berada ditanah suci.
Jadi netizen yang menyatakan TH patut belajar dari Indonesia ini faham atau tidak operasi mengurus jemaah haji setiap kali musim haji. Kita akui ada kelemahan-kelemahan pengurusan TH ianya di perbaiki dari tahun ke tahun.
Pada saya pengurusan TH antara terbaik menguruskan jemaah haji dan kita kena ingat jika mahu yang lebih baik perlu la bayar lebih.
PENULIS merupakan petugas media yang membuat liputan haji bersama TH pada musim haji 2003/2004 dan juga mengalami sendiri pengalaman sebagai jemaah haji pada 2019.
Jangan banding kos haji Malaysia dengan Indonesia, perkhidmatan jauh berbeza
Baca Artikel Menarik:
- Pandu 130km cari line internet, belajar dalam bonet kereta (Video)
- GOpinjam macam lintah darat, pengguna persoal kadar faedah setinggi 36%
- Aizat, Elyssa Bahagia Jalin Cinta, ‘Dia Ajak Saya Solat Bersama, Terus Jatuh Hati’ – Elyssa
- Kes saman: Saya tak pernah rayu sokongan mana-mana parti – Ismail
- Ceti Haram Salah Alamat
- Syamsul Debat, Dusuki dilarang ceramah di Selangor?
- Wanita Rusia adakan kempen gunting beg Chanel
- Nelayan Rusia temui anak naga
- Zamani Slam goyang jadi juri
- Pemandu Kurier Lesap Hantar Beg Louis Vuitton Harga RM6.5k
- Geng YakYakYeh, dulu plastik hitam kini beg hitam!
- Pekerja dikenakan tindakan kerana diskriminasi kaum – Mr DIY
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Bazar Ramadan 2022: Ini senarai 18 bazar yang terbaik seluruh negara
‘Tiga beradik’ Juadah Istimewa Menjadi Rebutan Di Bulan Ramadan
You must be logged in to post a comment.