Lelaki Bangla maut ditetak kacau kawan tidur
KLUANG – Berang kerana diganggu ketika tidur, seorang lelaki Bangladesh bertindak luar kawalan menetak rakan sebilik menggunakan pisau pemotong daging sehingga maut dalam kejadian di Flat Haji Manan di sini awal pagi hari ini.
Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh berkata, kejadian disedari oleh empat rakan mangsa yang duduk dalam bilik berasingan kira-kira pukul 8 pagi sebelum majikannya menghubungi polis pada pukul 10 pagi.
Katanya, mangsa dikenali sebagai Mohammad Sobuj, 28, yang duduk sebilik dengan suspek Miah Juwel, 27, ketika ditemui mengalami kecederan di leher dan kepala serta tidak sedarkan diri di sebuah rumah tingkat 3, Blok L, Flat Haji Manan di sini.
“Bagaimanapun, mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian sebelum mayat dirujuk ke Hospital Enche Besar Hajjah Khalsom (HEBHK) Kluang untuk proses bedah siasat.
“Suspek kemudiannya cuba untuk melarikan diri namun berjaya ditangkap di Jalan Nyior berhampiran Taman Gunung Selatan Empat, Kluang kira-kira pukul 4.45 petang tadi,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Biodata Amir Hamzah Azizan
- Pembantu MB Selangor akan didakwa berkait hantaran tuju Yang di-Pertua Melaka
- Khaled terkejut bertukar portfolio
- Komitmen terlalu tinggi hingga terlupa nak kahwin
- Saya ditempatkan di asrama perempuan
- Angeline Tan rasa tenang di Tanah Suci
- Alif Satar dedah sebab anjur #GengSubuhMacamJumaat
- PM bukan Melayu, Polis mulakan siasatan terhadap Kit Siang
- Doktor tidak profesional diberi teguran oleh Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Perak
- Ajal terkena renjatan elektrik ketika buat sarang burung layang-layang
- Akauntan disyaki dibunuh, mayat ditemui di tepi jalan
- Sokong Anwar, Rosol dakwa masih setia dengan Bersatu
- Sokongan terhadap Anwar! Murshidul Am beri peringatan tentang ‘baiah’ wakil rakyat
- Buka aib sendiri, boleh ke?
- Mimi Lana, Syafiq Kyle jadi kahwin tak?
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Senarai penuh kabinet baru 2023
You must be logged in to post a comment.