Rusia ugut Finland hancur sekiranya sertai NATO

Rusia ugut Finland hancur sekiranya sertai NATO

Seorang wakil rakyat Rusia memberi amaran kepada Finland mengenai impak serius yang bakal diterima sekiranya Helsinki memilih untuk menyertai Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO), lapor akhbar Daily Mail kelmarin.

Vladimir Dzhabarov berkata, Finland akan menjadi sasaran Kremlin yang seterusnya dan keanggotaan dalam NATO akan menjamin kemusnahan negara tersebut.

Dzhabarov menyifatkan keputusan yang silap akan menyebabkan situasi di Ukraine turut berlaku di Finland.

“Jika kepimpinan Finland nekad meneruskan niat menjadi anggota NATO, ia akan menjadi satu kesilapan strategik.

“Finland yang berjaya membangun selama ini hasil hubungan perdagangan dan ekonomi yang erat dengan Rusia akan menjadi sasaran seterusnya. Penyertaan dalam NATO akan mengakibatkan tragedi kepada seluruh rakyat Finland,” katanya.

Beliau juga yakin Finland tidak akan menandatangani kad NATO untuk kemusnahan negara mereka.

Dalam pada itu, minat Finland untuk menyertai NATO selepas sekian lama menjadi negara berkecuali meningkat selepas perang melanda Ukraine.

Menteri Luar Finland, Pekka Haavisto berkata, polisi itu akan dijelaskan dalam tempoh beberapa minggu akan datang.

Beliau juga memaklumkan bahawa NATO telah menawarkan jaminan keselamatan semasa proses permohonan keahlian.

NATO dijangka mengambil masa dari empat bulan hingga satu tahun untuk meluluskan permohonan Finland sekiranya perkara itu berlaku.

Perdana Menteri Finland, Sanna Marin berkata, pilihan sama ada menyertai NATO atau sebaliknya adalah keputusan yang mempunyai impak yang tersendiri.

‘Kita perlu menilai kedua-dua kesan jangka pendek dan panjang. Pada masa yang sama, kita mesti ingat matlamat kita adalah demi memastikan keselamatan Finland dalam semua situasi,” tegasnya.

Katanya, hubungan Finland dengan Rusia berubah kepada sesuatu yang sukar dipulihkan selepas serangan Moscow ke atas Ukraine.

Finland berkongsi sempadan sepanjang 1,340 kilometer dengan Rusia sekali gus paling panjang berbanding mana-mana negara Kesatuan Eropah (EU). K Online

Rusia ugut Finland hancur sekiranya sertai NATO


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Bazar Ramadan 2022: Ini senarai 18 bazar yang terbaik seluruh negara

Bayar atau tak boleh keluar dari Malaysia

‘Tiga beradik’ Juadah Istimewa Menjadi Rebutan Di Bulan Ramadan

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker