5 Rahsia Eropah Utara Tersenarai Negara Paling Bahagia Di Dunia, Ada Kat Malaysia Lama Dah Buat

5 Rahsia Eropah Utara Tersenarai Negara Paling Bahagia Di Dunia, Ada Kat Malaysia Lama Dah Buat

NEGARA di Eropah Utara atau Skandinavia berada dalam senarai teratas sebagai negara paling bahagia di dunia!

Dalam World Happiness Report 2021, Finland berada di tempat pertama sebagai negara paling bahagia diikuti Denmark, disusuli oleh Switzerland.

Manakala Malaysia berada di kedudukan 81 daripada 146 buah negara dalam laporan tersebut.

Apa sebenarnya konsep bahagia yang diterapkan oleh negara-negara di Eropah Utara?

Berikut adalah lima konsep yang mungkin boleh kita praktikkan.

1. Hygge

Hygge (dibaca hoo-ga) adalah konsep mengenai kesenangan. Konsep Hygge boleh dipraktikkan dalam semua aspek kehidupan termasuk hubungan, ketenangan jiwa dan sebagainya.

Konsep ini diterapkan dengan banyak cara seperti membatalkan perancangan yang dibuat tanpa rasa bersalah demi kebahagiaan diri atau sekadar duduk di rumah dan menghabiskan masa bersendirian.

2. Niksen

Orang Belanda memiliki konsep bernama Niksen yang bermaksud tidak berbuat apa-apa.

Konsep ini dianggap radikal oleh sesetengah orang kerana kita sukar melepaskan diri daripada tanggungjawab seperti terhadap kerja dan keluarga.

Bagaimanapun konsep ini, ia mengajar agar seseorang merehatkan otak, membiarkan fikiran kosong dan tidak berbuat apa-apa tanpa kemahuan diri sendiri.

Kajian menunjukkan, merehatkan otak daripada perkara-perkara yang memenatkan seperti tugasan di pejabat akan membuatkan seseorang menjadi lebih kreatif dan efektif dalam menyelesaikan masalah.

3. Kosalig

Konsep yang berasal dari Norway ini secara dasarnya seperti Hygge namun fokus utamanya adalah ketenangan tetapi tanpa perlu mengorbankan kehidupan sosial.

Ia sekali gus dapat membuatkan seseorang kurang berasa sunyi, lebih positif dan lebih dekat dengan orang yang mereka sayang.

4. Friluftsliv

Konsep Friluftsliv biasanya dipraktikkan ketika musim sejuk dan mengajak individu untuk mendekati alam dan bukannya terperap di dalam rumah tanpa berbuat apa-apa.

Meskipun dalam cuaca sejuk, konsep itu dipercayai dapat memberi peluang kepada seseorang untuk menikmati alam dengan bebas sekali gus memberi ketenangan.

“Kesihatan mental seseorang akan meningkat ketika seseorang berasa bebas dan dunia seperti berada dalam genggaman mereka,” kata pakar psikiatri, Jennifer Teplin.

Sebenarnya, kaedah ini bukan sahaja boleh dilakukan pada musim sejuk tetapi musim-musim yang lain dengan menikmati alam seperti mendaki bukit atau berjalan di tepi pantai.

5. Fika

Orang-orang di Sweden mengamalkan konsep Fika iaitu ‘coffee break’ bagi membolehkan mereka merehatkan otak selepas penat bekerja.

Fika sudah menjadi sebahagian daripada budaya masyarakat Sweden dan banyak syarikat mempraktikkan konsep tersebut yang dipercayai dapat membantu meningkatkan produktiviti dan fokus pekerja.

Di Malaysia sendiri, coffee break bukan sesuatu yang baharu!

5 Rahsia Eropah Utara Tersenarai Negara Paling Bahagia Di Dunia, Ada Kat Malaysia Lama Dah Buat

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Bazar Ramadan 2022: Ini senarai 18 bazar yang terbaik seluruh negara

Bayar atau tak boleh keluar dari Malaysia

‘Tiga beradik’ Juadah Istimewa Menjadi Rebutan Di Bulan Ramadan

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker