Semua berpunca kerana Muhyiddin berat sebelah, kata Tajuddin

Sehingga hari ini, UMNO masih bersama dengan kerajaan Perikatan Nasional (PN) dan belum membuat sebarang keputusan untuk menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim, kata Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman.

Beliau berkata, ura-ura menyatakan parti itu akan menyokong Presiden Parti Keadilan Rakyat dan membentuk kerajaan baharu, hanya khabar angin sahaja.

Pada masa sama, beliau minta Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin lihat dan kaji semula rasa tidak puas hati kepimpinan UMNO terhadap kerajaan PN pimpinannya.

“Nampak sedikit kelam kabut dalam kerajaan PN sejak kebelakangan ini. Ini berpunca dari rasa tidak puas hati UMNO terhadap sikap berat sebelah Muhyiddin kepada kita sejak kerajaan PN ditubuhkan.

“Saya nasihatkan kepada Presiden Bersatu ini, kalau hendak tengok kerajaan PN kuat, dapat sokongan, kena dengarlah luahan UMNO. Baiki dan perbetulkan. Bukan buat diam, kemudian sayap parti keluarkan kenyataan yang boleh mengeruhkan keadaan,” katanya kepada MalaysiaGazette di sini, hari ini.

Semalam, sebuah media melaporkan Tajuddin yang juga Ketua UMNO Bahagian Pasir Salak berkata, parti itu bersedia memberi kerjasama kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim jika Pengerusi Pakatan Harapan itu mempunyai formula yang boleh membahagiakan semua pihak dalam parti itu sendiri.

Beliau menegaskan, sokongan itu juga tidak mustahil diperolehi daripada parti lain seandainya mereka berpendapat Ketua Pembangkang itu boleh memberi apa yang dimahukan.

Ditanya kenapa UMNO tidak berpuas hati dengan PN, Ahli Parlimen Pasir Salak itu berkata, perkara itu sudah lama, iaitu sejak PH ditubuhkan lagi apabila mendapati suara pemimpinnya tidak didengari dan diberi portfolio yang tidak penting.

“Kita tidak ugut. Kita nak sertai PN dengan tujuan kita boleh memberi perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat dan UMNO mahu kembali menjadi parti yang diterima oleh rakyat,” katanya. MG

Sokong Anwar pandangan peribadi Tajuddin, bukan Umno

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker