152 pelajar Sekolah Sains Tuanku Aishah Rohani keracunan makanan

152 pelajar Sekolah Sains Tuanku Aishah Rohani keracunan makanan

SEREMBAN – Tempat penyediaan makanan di dapur asrama Sekolah Menengah Sains Tuanku Aishah Rohani di Sikamat, di sini diarahkan tutup susulan 152 orang pelajarnya mengalami gejala keracunan makanan sejak semalam.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kesihatan, Alam Sekitar, Koperasi dan Kepenggunaan Negeri Sembilan, S. Veerapan berkata, Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan melalui Pejabat Kesihatan Daerah (PKD ) Seremban telah menerima laporan mengenai satu kejadian keracunan makanan (KRM) semalam melibatkan pelajar sekolah tersebut.

Menurutnya, siasatan yang dijalankan oleh PKD Seremban mendapati 152 orang pelajar yang mengalami gejala KRM daripada 597 orang yang terdedah iaitu dengan kadar serangan 25.5 peratus.

“Daripada jumlah berkenaan, kesemua pelajar mengalami gejala utama iaitu sakit perut 152 orang pelajar, loya (148), sakit kepala (134), muntah (119) orang, cirit-birit (94), demam (32) orang dan abdomen cramp (30). Kesemua kes dirawat sebagai pesakit luar dan berada dalam keadaan stabil.

“Tindakan kawalan wabak telah diambil pada hari yang sama. Pemeriksaan premis dan aktiviti persampelan juga telah dijalankan,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Veerapan berkata, sampel klinikal dari kes-kes, sampel makanan serta sampel persekitaran telah diambil dan dihantar ke makmal untuk di analisa dan siasatan lanjut akan diteruskan bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian keracunan makanan ini. K Online

152 pelajar Sekolah Sains Tuanku Aishah Rohani keracunan makanan


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

Gelagat Mak Nubhan Masuk Butik Mewah Buat Ramai Terhibur (Video)

Pas nak lawan UMNO atau PH, tanya Asyraf

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker