Kelindan maut, 3 cedera kemalangan dua buah lori

Kelindan maut, 3 cedera kemalangan dua buah lori

KULAI – Seorang lelaki berusia 21 tahun maut manakala tiga yang lain cedera dalam satu kemalangan membabitkan dua buah lori berhampiran Plaza Tol Skudai, Lebuh Raya Utara Selatan, dekat sini hari ini.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Kulai, Pegawai Bomba Kanan, Fauzi Che Deris berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada pukul 9.38 pagi sebelum 17 anggota beserta empat buah jentera dikejarkan ke lokasi kejadian.

Setibanya di lokasi kejadian katanya, didapati kemalangan tersebut membabitkan dua buah lori iaitu sebuah lori 3 tan dan sebuah lori jenama Hino.

“Kemalangan itu turut melibatkan empat orang mangsa masing-masing adalah pemandu dan kelindan kedua-dua buah lori dimana kesemua mereka berada dalam keadaan tersepit akibat kemalangan itu.

“Seorang maut iaitu kelindan lori Hino dikenali sebagai Muhammad Amirul Asyraf Mohd. Nasir, 21, manakala tiga yang lain cedera,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambah beliau, mangsa yang maut diserahkan kepada polis manakala tiga yang lain dibawa ke Hospital Kulai untuk mendapatkan rawatan. K Online

Kelindan maut, 3 cedera kemalangan dua buah lori


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

Gelagat Mak Nubhan Masuk Butik Mewah Buat Ramai Terhibur (Video)

Pas nak lawan UMNO atau PH, tanya Asyraf

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker