Suami bina ‘Taj Mahal’ buat isteri sebagai simbol cinta

Suami bina ‘Taj Mahal’ buat isteri sebagai simbol cinta

Demi cinta yang mendalam terhadap isteri, seorang lelaki dari negeri Madhya Pradesh membina sebuah ‘Taj Mahal mini’ yang dihadiahkan kepada wanita itu sebagai simbol cintanya, lapor portal berita MailOnline dari India semalam.

Anand Prakash Chouksey, 52, membina ‘istana’ marmar seluas 929 meter persegi buat isterinya, Manju Shah, 48, yang mengambil masa selama tiga tahun untuk disiapkan.

Sama seperti Taj Mahal, rumah tersebut mempunyai beberapa menara di bahagian luar serta kubah, manakala lantai dan bahagian hadapan rumah diperbuat daripada batu marmar dari bandar Makrana, yang turut digunakan dalam pembinaan Taj Mahal sebenar.

Rumah yang bersaiz kira-kira satu per tiga dari bangunan asal Taj Mahal itu mempunyai empat bilik tidur, sebuah dewan, perpustakaan dan bilik meditasi.

“Saya ingin membina sebuah rumah yang unik di sebuah pekan kecil. Terdapat banyak rumah dibina setiap tahun, namun saya ingin membina kediaman yang kekal menjadi buah mulut penduduk setempat.

“Apa yang lebih bagus daripada membina sebuah Taj Mahal? Rumah ini adalah simbol cinta saya kepada isteri, sama seperti kisah cinta Mumtaz Mahal,” kata Anand.

Taj Mahal yang asal telah dibina oleh Maharaja Empayar Mughal, Shah Jahan antara tahun 1632 hingga 1653 sebagai makam buat isterinya, Mumtaz Mahal di tebing sungai Yamuna, dalam negeri Uttar Pradesh.

Sementara itu, Anand menambah, sejak berpindah ke rumah tersebut pada tahun ini, ramai pelancong datang ke situ termasuk untuk merakam gambar praperkahwinan.

“Ia telah menjadi lokasi tumpuan pelancong yang datang ke rumah kami untuk melihatnya. Sambutannya amat luar biasa, namun saya gembira kerana isteri saya turut gembira dan kami sekeluarga hidup bahagia,” ujarnya. K Online

Suami bina ‘Taj Mahal’ buat isteri sebagai simbol cinta


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

Gelagat Mak Nubhan Masuk Butik Mewah Buat Ramai Terhibur (Video)

Pas nak lawan UMNO atau PH, tanya Asyraf

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker