Lagi hal burung murai, lelaki parah dipukul dua beradik

Lagi hal burung murai, lelaki parah dipukul dua beradik

PASIR MAS: Angkara seekor burung murai, seorang lelaki cedera parah dipukul dua beradik menggunakan tukul besi dalam kejadian di Kampung Banggol Petaling, di sini pada Ahad.

Ketua Polis Daerah Pasir Mas ACP Mohd Nasaruddin M Nasir berkata dalam kejadian pada 7 pagi itu, dua beradik berusia 26 dan 41 tahun mendakwa mangsa mencuri seekor burung murai milik mereka sehingga menimbulkan salah faham dan pergaduhan.

Katanya kedua-dua suspek ditahan di rumah mereka selepas menerima aduan daripada bapa mangsa petang, semalam.

“Mangsa yang berusia 37 tahun mengalami patah pada bahagian jari manis dan jari anak (tangan kanan), luka di bahagian kepala, bengkak di bahagian leher dan lutut kanan, lebam dan calar di bahagian belakang badan. Dia kini dirawat di Hospital Pasir Mas untuk rawatan lanjut.

“Siasatan polis mendapati kejadian berlaku di sebuah rumah tanpa nombor apabila mangsa telah dipukul susulan berlaku salah faham,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Mohd Nasaruddin berkata kedua-dua suspek adalah jiran sekampung mangsa dan tangkapan dilakukan kerana mendatangkan kecederaan parah dan kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan. Awani

Lagi hal burung murai, lelaki parah dipukul dua beradik


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

Isteri Fizo, cantik dan bijak – Netizen

PN kalah di PRN Melaka kifarah atas kesombongan Muhyiddin

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker