Pesawah jumpa mayat bayi dekat bendang

Pesawah jumpa mayat bayi dekat bendang

KERIAN – Mayat bayi perempuan dalam keadaan membengkak dan membusuk ditemui di hujung sawah bendang lorong Taman Serai Muda ke Kampung Padri di Bagan Serai dekat sini semalam.

Dalam kejadian pada pukul 8.30 pagi itu, mayat berkenaan ditemui pemilik sawah semasa melalui kawasan tersebut untuk menyambung kerja-kerja membaja.



Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Mazuki Mat berkata, mayat bayi itu ditemui ditinggalkan di atas batas sawah padi dan menurut pesawah itu, kali terakhir dia melalui kawasan itu pada pukul 4.30 petang Ahad lalu selepas menjalankan kerja membaja.

“Mayat bayi perempuan itu dijumpai tanpa balutan atau kain dan telah membengkak serta membusuk.

“Tiada sebarang dokumen atau kesan dijumpai sekitar tempat kejadian. Mayat bayi telah dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh untuk bedah siasat,” katanya di sini hari ini.

Jelas Mazuki, siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran dan menyebabkan kematian. K Online



Pesawah jumpa mayat bayi dekat bendang


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

Gelagat Mak Nubhan Masuk Butik Mewah Buat Ramai Terhibur (Video)



Pas nak lawan UMNO atau PH, tanya Asyraf

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker