Adun Bilut tak hirau notis 24 jam PKR

Adun Bilut tak hirau notis 24 jam PKR, enggan tarik kenyataan terhadap Anwar

Lebih ramai pemimpin PKR tampil mempertahankan presidennya Anwar Ibrahim susulan desakan Adun Bilut dari DAP yang menyarankan agar ketua pembangkang itu mengundur diri berikutan prestasi buruk Pakatan Harapan (PH) pada pilihan raya negeri (PRN) Melaka.

Hari ini, giliran Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Pahang, Fuziah Salleh menyelar Lee Chin Chen.

Katanya, pemimpin DAP Pahang itu terus enggan menarik balik kenyataannya terhadap Anwar meskipun telah diberikan notis 24 jam supaya berbuat demikian.

“Kami memberi notis 24 jam untuk YB Bilut menarik balik kenyataannya. Tetapi dia enggan,” kata Fuziah kepada Malaysiakini.

Menurut Fuziah, kenyataan Lee itu sebagai tidak beradab, angkuh, dangkal, dan tidak mencerminkan kedudukannya sebagai ketua pembangkang DUN Pahang.

“Pihak MPN PKR Pahang tidak berminat untuk menjawab kenyataan pramatang Adun Bilut tersebut kerana menonjolkan tahap pemikiran politik beliau yang kelihatan cetek dan tidak setara dengan kedudukan beliau sebagai ketua pembangkang di DUN Pahang.

“Ugutan beliau dengan menyarankan kepimpinan DAP untuk keluar dari PH sekiranya Anwar tidak melepaskan jawatan ketua pembangkang adalah satu tindakan tidak beradab dan langsung tidak menghormati rakan-rakan sekutu di dalam PH yang telah sepakat memilih ahli parlimen Port Dickson itu sebagai ketua pembangkang.

“Hanya Majlis Presiden PH yang berhak menentukan kedudukan Anwar sebagai ketua pembangkang dan juga pengerusi PH, bukannya oleh pihak lain mahupun seorang Adun,” kata ahli parlimen Kuantan itu.

Semalam, Lee mendesak Anwar berundur setelah kekalahan PH dalam PRN Melaka, dan menggesa pembangkang meneroka hala tuju dan konsensus baru secepat mungkin.

Dia turut menggesa DAP mempertimbangkang untuk keluar PH jika Anwar tidak mengundur diri, dengan menyifatkan pembangkang tidak harus membandingkan gabungan mereka dengan parti politik Melayu yang hanya akan menyebabkan kekalahan PRN Melaka berulang.

Sebelum ini, susulan kenyataan itu, Lee juga mengundang kemarahan Naib Ketua Pemuda PKR S Thiban yang mencabar Adun DAP itu untuk menamakan seorang pemimpin yang mampu menggantikan Anwar.

Katanya, hanya sekadar tewas pada satu PRN, Lee mengugut keluar PH, seolah-olah memang wujud perancangan untuk menubuhkan satu pakatan baru tanpa PKR dan jika itu yang dimahukan oleh pimpinan DAP maka mereka boleh keluarkan PKR daripada PH.

Setiausaha Pemuda PKR Syukri Razab pula melahirkan harapan bahawa pandangan Lee adalah pandangan peribadi yang tidak mencerminkan pendirian DAP, walaupun dia mengambil maklum bahawa Pengarah Pendidikan Politik DAP Liew Chin Tong juga menyuarakan sentimen yang sama.

Pengerusi PKR Perak Farhash Wafa Salvador turut mempertahankan Anwar dengan menyatakan bahawa kekalahan di Melaka pada Sabtu lalu tidak sepatutnya ditanggung oleh seorang individu sahaja.

PRN Melaka menyaksikan BN mencapai kemenangan besar dengan menyapu 21 kerusi dan memperoleh majoriti dua pertiga kerusi DUN. PH hanya berjaya memenangi lima kerusi, manakala PKR tewas di semua kerusi ditandinginya.

Lee yang juga adalah setiausaha DAP Pahang turut mengkritik tindakan membenarkan ‘katak’ bertanding sebagai calon PH dalam PRN itu – bawah tiket PKR dan Amanah – sebagai memperolok pengundi, sedangkan PH berikrar untuk menggubal undang-undang antilompat parti.

Mengulas lanjut, Fuziah, berakata, PKR Pahang menyokong agar Anwar kekal sebagai ketua pembangkang, selari dengan pendirian beberapa rakan PH seperti penasihat DAP Lim Kit Siang dan ahli parlimen Sepang dari Amanah Hanipa Maidin yang tidak mahu menyalahkan Anwar atas kekalahan di Melaka.

“PKR Pahang berpandangan Adun Bilut itu disarankan agar terus memberi fokus dan memperbaiki prestasinya sebagai ketua pembangkang di DUN Pahang daripada menilai kedudukan ketua ppembangkang di Parlimen,” katanya lagi. Mk

Adun Bilut tak hirau notis 24 jam PKR


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

Gelagat Mak Nubhan Masuk Butik Mewah Buat Ramai Terhibur (Video)

Pas nak lawan UMNO atau PH, tanya Asyraf

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker