Bukan mistik, budak tersebut tahu memandu – Polis

Bukan mistik, budak tersebut tahu memandu – Polis

Langkawi: Kanak-kanak berusia enam tahun memandu Toyota Vios milik keluarga sehingga terbabit dalam kemalangan di sini, kelmarin didapati mengetahui cara memandu kenderaan dan mampu menunjukkannya kepada pihak polis ketika siasatan.

Ketua Polis Daerah Langkawi Asisten Komisioner Shariman Ashari berkata, pihaknya menolak dakwaan unsur mistik yang mendorong kanak-kanak itu memandu atau membantu dia memandu.



“Berdasarkan siasatan, didapati kanak-kanak itu juga mengetahui fungsi pedal minyak dan gear automatik, selain memiliki keyakinan dan menunjukkan bagaimana cara untuk turunkan brek tangan.

“Pemeriksaan terhadap rakaman kamera papan pemuka atau dashcam kenderaan menunjukkan pemanduannya tidak stabil, kadang kala memasuki lorong bertentangan dan ada ketika ke kiri dan ke kanan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Shariman berkata, kanak-kanak terbabit juga boleh menunjukkan dengan betul cara menghidupkan enjin dan berjaya menghidupkannya apabila diminta pegawai penyiasat.

“Justeru, kita menolak sebarang unsur mistik dalam kes kemalangan ini seperti mana yang didakwa dan ditularkan oleh pihak tertentu menerusi pelbagai medium media sosial.



“Kanak-kanak terbabit dibawa ibu bapa mereka ketika memberi keterangan di Balai Polis Trafik Langkawi, jadi polis telah menemubual awal mereka sebagai sebahagian siasatan,” katanya.

Beliau berkata, dalam proses temubual itu, kanak-kanak lelaki itu mampu menunjukkan cara bagaimana dia memandu pada malam kejadian, memberi penerangan fungsi gear D dan R kepada pegawai penyiasat.

“Malah dia mengaku telah berjaya mengundur kereta terlebih dahulu sebelum memandu keluar rumah pada pada malam kejadian.

“Difahamkan jarak rumah ke kedai yang ingin dituju oleh dua beradik itu adalah lima kilometer (km), tapi separuh jalan mereka kemalangan,” katanya. HM



Bukan mistik, budak tersebut tahu memandu – Polis

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

“Sarah Rasa Nak Matilah, Macam Malaikat Dah Duduk Sebelah”(Video)



Angel Dolla bercinta dengan Nadhir Nassar

Janna Nick nikahi Dini Schatzmann di Langkawi 10 Jun



Bapa sanggup putus hubungan – Mark Adam



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker