Zionis bunuh tiga rakyat Palestin menjelang Ramadan

Zionis bunuh tiga rakyat Palestin menjelang Ramadan

JENIN, Wilayah Palestin – Pasukan keselamatan Rejim Zionis menyerbu sebuah bandar di Tebing Barat hari ini selepas Israel digemparkan oleh tiga serangan berdarah dalam tempoh seminggu, dengan dua rakyat Palestin ditembak mati dan individu ketiga dibunuh selepas dia melancarkan serangan menggunakan pisau di dalam sebuah bas.

Keganasan itu berlaku selepas seorang lelaki bersenjatakan raifal M-16 membunuh lima orang awam Israel di beberapa batang jalan di Bnei Brak iaitu sebuah bandar penganut Yahudi Ortodoks dekat Tel Aviv, malam kelmarin.

Insiden tembakan itu menyaksikan bilangan individu yang terbunuh semasa minggu keganasan melibatkan penduduk Israel berketurunan Arab dan Palestin meningkat kepada 11 orang. Perkembangan itu juga berlaku beberapa hari menjelang permulaan bulan Ramadan.

Pertumpahan darah terbaharu tercetus pagi tadi apabila tentera Israel menyatakan bahawa askarnya membalas tembakan selepas mereka ditembak semasa operasi menangkap sebilangan suspek di bandar Jenin, Tebing Barat.

“Semasa aktiviti itu, lelaki-lelaki bersenjata Palestin melepaskan tembakan ke arah askar kami. Pasukan tentera Israel melepaskan tembakan balas,” kata tentera Rejim Zionis dalam satu kenyataan sambil menambah, seorang askarnya dirawat di hospital.

Sementara itu, Kementerian Kesihatan Palestin menyatakan, tentera penjajah Israel membunuh dua rakyat Palestin, kedua-dua mereka lelaki dan masing-masing berumur 17 serta 23 tahun dalam kejadian di Jenin itu, manakala 15 yang lain cedera.

Tidak lama kemudian, seorang rakyat Palestin menikam penduduk awam Israel di dalam sebuah bas di bandar Baitul Laham, selatan Tebing Barat sebelum dia ditembak mati oleh soerang penumpang lain. K Online

Zionis bunuh tiga rakyat Palestin menjelang Ramadan


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Gangguan Seksual: Pemandu Van makan penampar bapa murid [VIDEO]

Orang hanya tengok negatif saja – Jasmine Suraya

Pelajar mahukan ilmu takkan aibkan pensyarah

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker