Mahathir bidas Anwar, “Yang susah untuk disiasat Perdana Menteri bukan saya”

Berkas perdana menteri dua kali Mahathir menyanggah kenyataan dibuat Anwar Ibrahim yang mendakwa sukar untuk dia disiasat oleh pihak berkuasa.

Sebaliknya Mahathir mendakwa tidak ada masalah untuk pihak berkuasa negara ini menjalankan siasatan ke atasnya.

Bahkan, kata Mahathir, dia sendiri sedia untuk disiasat.

“Kerajaan ada kuasa, anda boleh lakukan (siasatan) dan saya bersedia untuk disiasat.

“Nak tengok akaun saya atau apa, boleh tengok. Bank mana (yang berkaitan)… nak tuduh saya tak bayar hasil, boleh tengok.

“Boleh siasat saya kononnya ada duit berbilion.

“Yang susah untuk disiasat ialah perdana menteri, saya tak susah… saya tak ada kuasa,” katanya di Putrajaya hari ini.

Sebelum ini Perdana Menteri Anwar Ibrahim mendakwa tidak mudah untuk untuk menyiasat individu berprofil tinggi khususnya yang bergelar Tun.

Pada 20 Jan lalu, Anwar berkata bukan mudah untuk pihak berkuasa menjalankan sebarang siasatan terhadap golongan kenamaan.

Justeru, perdana menteri meminta rakyat menyokong usaha kerajaan menyiasat golongan atasan berhubung kecurian dana kerajaan.

“Kami akan kejar penyangak itu, saya tidak peduli … bila kita nak ambil tindakan (ke atas golongan tersebut) rakyat marah, perdana menteri ini kasar sangat.

“Bagi saya ia aneh, sepatutnya kamu sokong. Bukan senang tahu, mahu siasat Tun.

“Siasat ketua kampung senang, siasat cikgu sekolah lagi senang, saya mahu siasat orang kaya yang besar-besar curi duit ingat senangkah?

“Tak senang. Kita mahu jaga negara ini, jangan bagi orang curi harta rakyat,” katanya ketika berucap di Klang, Selangor.

Sementara itu, Mahathir berkata Anwar sering menuduh dia mencuri duit kerajaan namun sehingga kini gagal membuktikan dakwaan tersebut.

Sedangkan, kata bekas ahli parlimen Langkawi tersebut, tidak ada satu sen pun wang negara dicurinya.

“Dia tuduh saya ada berbilion dia tak tarik balik, saya minta dia (bagi) bukti… saya bawa ke mahkamah saman fitnah. Dia (kata) berkotak-kotak (bukti) tunjuklah, awak dalam kerajaan,” katanya.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Akaun dark side anak Melayu bersepah dalam aplikasi X

Babak ranjang, Fasha harapkan fenomena

DJ Lin jadi mangsa

Rezeki jadi suami curang

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker