Remaja didakwa bunuh kanak-kanak 11 tahun

Remaja didakwa bunuh kanak-kanak 11 tahun

KUANTAN: Seorang remaja dihadapkan ke Mahkamah Majistret atas tuduhan membunuh kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun pada bulan lepas.

Remaja lelaki berusia 16 tahun itu didakwa menyebabkan kematian Muhammad Hafdan Mohd Qurbani Azhar di surau An-Nadwah Kompleks Asrama Cempaka Permata Camar, Jalan Pantai Sepat, antara 3.45 petang dan 4.15 petang, 20 Mac lepas.

Tiada pengakuan direkodkan kerana kes bunuh bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Pertuduhan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati jika sabit kesalahan.

Majistret Ainis Abu Hassan Shaari menetapkan 1 Julai untuk sebutan semula kes.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Fadhlin Hani Khairon manakala remaja terbabit diwakili peguam, Mohd Najid Husain.

Sebelum ini, media melaporkan seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun maut, dipercayai selepas disepak, dicekik, dan dihempas oleh seorang individu dalam kejadian yang didakwa melibatkan wang RM4.

Ketua Polis Pahang, Ramli Mohamed Yoosuf, dilaporkan berkata hasil bedah siasat mendapati punca kematian mangsa disebabkan hentakan di kepala. FMT

Remaja didakwa bunuh kanak-kanak 11 tahun


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Gangguan Seksual: Pemandu Van makan penampar bapa murid [VIDEO]

Orang hanya tengok negatif saja – Jasmine Suraya

Pelajar mahukan ilmu takkan aibkan pensyarah

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker