Ismail-Jokowi meterai MoU perlindungan pekhidmatan domestik

Ismail-Jokowi meterai MoU perlindungan pekhidmatan domestik

Malaysia dan Indonesia memeterai memorandum persefahaman bagi pengambilan dan perlindungan pekhidmat domestik Indonesia (MoU PDI) di Malaysia.

Pemeteraian MoU itu disaksikan Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob dan Presiden Joko Widodo di Istana Merdeka.

Menteri Sumber Manusia, M Saravanan, mewakili Malaysia dan Indonesia diwakili Menteri Ketenagakerjaan, Ida Fauziyah.

Ismail pada sidang media bersama Joko Widodo berkata, MoU itu akan memastikan segala proses pengambilan dan mekanisme perlindungan PDI dilaksanakan secara komprehensif oleh pihak-pihak yang berkaitan mengikut dasar dan perundangan di kedua-dua negara.

“Saluran kemasukan tunggal bagi PDI ke Malaysia dipersetujui dengan hanya menggunakan sistem saluran tunggal seperti yang terkandung dalam MoU bagi menyaring hanya majikan yang layak untuk menggaji PDI,” katanya.

Perdana menteri turut menekankan bahawa Malaysia telah meratifikasi Protokol 29 Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) sebagai komitmendi peringkat antarabangsa untuk membanteras buruh paksa, termasuk memberi perlindungan kepada pekerja migran dari Indonesia.

Dalam menjaga kebajikan pekerja domestik dari sudut perlindungan sosial, pelbagai inisiatif dilakukan termasuk caruman melalui PERKESO dan jaminan bayaran gaji melalui e-Wages, iaitu bagi menjamin pembayaran gaji tidak lewat daripada hari ke-7 setiap bulan.

Cuti rehat sehari seminggu dan aplikasi e-Aduan yang membolehkan pekerja membuat aduan secara dalam talian diperkenalkan serta lain-lain kebajikan yang termaktub dalam kontrak perkhidmatan.

Pemeteraian MoU itu turut merintis jalan kepada kemasukan semula tenaga kerja Indonesia untuk bekerja dalam sektor-sektor yang dibenarkan.

Ismail berkata, MoU yang termeterai akan memberi manfaat besar dan berpanjangan kepada rakyat Malaysia dan Indonesia.

Pemeteraian MoU itu juga disifatkan sebagai detik yang besar dan penting serta mencerminkan komitmen berterusan pemerintah Malaysia dan Indonesia mengurus hal ehwal rakyat.

“Sebagai negara tetangga, Malaysia sentiasa menghargai dan mengalu-alukan sumbangan pekerja migran Indonesia kepada pembangunan ekonomi dan kehidupan rakyat Malaysia,” katanya.

Rasa gembira turut dizahirkan Ismail memandangkan MoU itu telah melalui siri perbincangan dengan beberapa perdana menteri sebelum ini, namun termeterai ketika beliau menjawat jawatan itu. FMT

Ismail-Jokowi meterai MoU perlindungan pekhidmatan domestik


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Gangguan Seksual: Pemandu Van makan penampar bapa murid [VIDEO]

Orang hanya tengok negatif saja – Jasmine Suraya

Pelajar mahukan ilmu takkan aibkan pensyarah

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker