Nadia Brian jalani rawatan mental

Nadia Brian jalani rawatan mental

Pelakon sensasi Nadia Brian mengakui masih meneruskan sesi kaunseling dan rawatan psikologi bagi memastikan tahap kesihatan mentalnya berada dalam keadaan baik.

Nadia atau nama sebenarnya, Nadia Najwa Mohamed Rashidi, 30, berkata, sehingga kini dia tidak pernah ‘ponteng’ untuk hadir sesi kaunseling yang ditetapkan walaupun sibuk dengan kerja seni.

“Jujur saya katakan mental ilness (penyakit mental) ini memang wujud dan berlaku. Kelurga saya sendiri memang terap dan pentingkan penjagan mental ini sejak dari saya kecil lagi.

“Saya beruntung sebab ibu saya sendiri merupakan seorang pegawai psikologi. Jadi saya awal-awal lagi sudah mendapat pendedahan mengenai kepentingan menjaga mental,” katanya.

Nadia berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Sidang Media Festival Filem Malaysia ke-31 (FFM31) baru-baru ini.

Menurut pelakon filem Ratu Kala Jengking: Puteri Keranda itu, jangan sesekali malu atau segan untuk berkongsi apa jua masalah yang melibatkan gangguan mental dan jiwa yang dihidapi.

“Kalau ditanya, saya sendiri masih kerap jumpa kaunselor. Kalau saya rasa tak sedap hati atau ada masalah, saya terus jumpa kaunselor dan berkongsi apa yang saya rasa.

“Benda-benda macam ini kita tak boleh pendam apatah lagi simpan seorang diri. Penyakit mental dan depresi ini normal dan tidak kenal siapa sahaja. Tidak kisahlah kita artis ke, wartawan ke, semua ada chance (peluang) untuk kena,” katanya.

Nadia mengakui, dia pernah melalui detik-detik kekecewaan dan pernah jatuh terduduk hingga menangis mengenangkan mahligai rumah tangganya yang berkecai sekitar April tahun lalu.

“Ya saya akui masa awal-awal bercerai, memang saya agak down (jatuh) dan tak tahu nak kawal emosi. Tapi perlahan demi perlahan saya bangkit dari kegagalan.

“Sekarang alhamdulillah semuanya sudah kembali seperti sedia kala. Saya pun dah mula sibuk dengan shooting (penggambaran) dan jadual padat dengan kerja-kerja seni,” ujarnya.

Terdahulu, pergolakan rumah tangga pelakon Nadia dan suaminya, Muizz akhirnya menemui titik noktah apabila pasangan itu sah bercerai talak satu 3 April lalu.

Nadia sebelum ini mengakui rumah tangga yang dibina bersama suaminya pada 9 November tahun lalu sedang berantakan, namun enggan mengulas lanjut kerana bimbang akan mengeruhkan keadaan.

Spekulasi keretakan rumah tangga mereka timbul selepas Nadia sering berkongsi hantaran menerusi InstaStory yang memberi bayangan dirinya sedang berstatus solo.

Pergolakan rumah tangga mereka semakin memuncak selepas Muizz yang juga seorang ahli perniagaan membuat pendedahan dalam Instagram pada 7 Oktober lalu bercerita tentang kecurangan Nadia bersama dua orang lelaki.

Rentetan daripada pendedahan tersebut, bermulalah perang media sosial pasangan yang dikatakan sudah tiga bulan tidak tinggal sebumbung. K Online

Nadia Brian jalani rawatan mental


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Gelagat Sekumpulan Lelaki Keluarkan Mayat Rakan Dari Keranda Untuk Dibawa Berjalan [VIDEO]

Try It! This Tunnel Leads You On A Hike With A Scenic View Of Malaysia’s Tallest Highway [VIDEO]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker