Penggodam rompak lebih AS$600 juta mata wang kripto

Penggodam rompak lebih AS$600 juta mata wang kripto

SAN FRANCISCO: Penggodam mencuri mata wang kripto bernilai lebih AS$600 juta (RM2.5 bilion) daripada lejar digital yang digunakan pemain permainan dalam talian popular, Axie Infinity.

Ronin Network berkata, dalang rompakan wang digital itu menyasarkan Blockchain dianggarkan 173,600 ether dan stablecoin’, bernilai AS$25.5 juta (RM107.5 juta), aset digital yang ditambat kepada dolar Amerika Syarikat (AS).

Jumlah rompakan dinilai sekitar AS$545 juta (RM2.297 bilion) ketika dicuri pada 23 Mac lalu, namun dikatakan meningkat kepada AS$615 juta (RM2.592 bilion) setakat semalam, menjadikan rompakan besar dalam dunia mata wang kripto.

“Kebanyakan dana yang digodam masih dalam dompet suspek,” kata Ronin menerusi kenyataan mengenai rompakan terbabit.

Pasukan di Sky Mavis, pereka bagi permainan perlawanan dan perdagangan Axie Infinity, mengesan pencerobohan keselamatan semalam selepas seorang pengguna gagal membuat pengeluaran ether, menurut syarikat terbabit.

Ronin masih menyiasat insiden penggodaman itu, namun berkata suspek berjaya memegang ‘kunci’ peribadi untuk tujuan pengeluaran dana digital.

“Kami sedar bahawa kepercayaan perlu diperoleh dan semua sumber ketika ini sedang digunakan bagi merangka langkah keselamatan serta proses tertentu untuk memastikan insiden sama tidak berulang pada masa depan.

“Kami sedang bekerjasama dengan pegawai penguat kuasa undang-undang, forensik kriptograf dan pelabur untuk memastikan tiada kerugian dana pengguna,” kata Ronin. BH

Penggodam rompak lebih AS$600 juta mata wang kripto


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Cucu celaka, rakam nenek terjatuh tanpa hulur bantuan

Cara Tuntut RM150 Kredit E-Wallet April 2022

Cari duit nak kahwin

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker