Namakan 4 Anak Dengan Hanya 1 Huruf…Nama Panjang Pun Tetap Disebut Pendek

Namakan 4 Anak Dengan Hanya 1 Huruf…Nama Panjang Pun Tetap Disebut Pendek

SEORANG bapa di Banyuwangi di Jawa Timur, Indonesia hanya menamakan satu huruf untuk keempat-empat anaknya.

Lelaki berkenaan, Sukari menamakan anak-anaknya dengan V, J, L dan N.

Sukari mendedahkan anak pertamanya diberi nama V, kini berusia 18 tahun dan belajar di sekolah menengah.

Anak kedua pula bernama J, belajar darjah lima, manakala anak ketiga berusia lima tahun bernama L.

Anak bongsunya pula berusia dua tahun dinamakan N.

Keputusan Sukari untuk menamakan anak-anaknya dengan satu huruf bagaimanapun mendapat tentangan daripada keluarga.

Dia kemudian memberikan penjelasan berhubung nama anaknya, sehingga lama-kelamaan keputusannya itu diterima.

“Semua dalam proses (permohonan), nanti lebih baik. Contohnya nama V dah sedap.

“Nama panjang-panjang pun tetap dipanggil satu perkataan saja. Saya beritahu macam tu,” kata Sukari, pada Rabu.

Sukari turut memberitahu nama satu huruf itu dipilih kerana dia dan isteri mahu nama yang ringkas buat anak-anak mereka.

“Sebenarnya saya cuma nak mudah sahaja, saya bincang dengan isteri.

“Nanti panjang-panjang (nama) pun disebut pendek saja.

“Alhamdulillah, dari surat beranak hingga KK (kad keluarga), proses berjalan lancar, tiada masalah,” katanya. – Kompas

Namakan 4 Anak Dengan Hanya 1 Huruf…Nama Panjang Pun Tetap Disebut Pendek

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Cucu celaka, rakam nenek terjatuh tanpa hulur bantuan

Cara Tuntut RM150 Kredit E-Wallet April 2022

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker