Zaquan kecewa Aidil dipersendakan

Zaquan kecewa Aidil dipersendakan

Tindakan keterlaluan penyokong bola sepak yang mengubah wajah kapten skuad kebangsaan, Aidil Zafuan Abdul Radzak sehingga menyamai muka kapten Manchester United, Harry Maguire mendapat perhatian saudara kembarnya, Zaquan Adha.

Menerusi perkongsian Zaquan di laman Instagramnya, bekas penyerang kebangsaan itu tampak kecewa dengan tindakan penyokong sehingga sanggup ‘membuang masa’ dengan mengedit wajah abang kembarnya itu.



“Life as a footballer (kehidupan sebagai seorang pemain bola sepak). Bila menang semua indah kata-kata, bila kalah siap sanggup edit muka,” tulis Zaquan.

Terdahulu, persembahan tonggak veteran itu yang diturunkan pada aksi ‘Tetangga Seberang Tambak’ dikecam hebat oleh penyokong bola sepak tempatan khususnya di laman media sosial.

Pertahanan Johor Darul Ta’zim (JDT) itu dikatakan menjadi punca skuad kebangsaan tumbang 2-1 di tangan Singapura pada aksi di Stadium Nasional, Singapura, Sabtu lalu.

Bukan setakat kecaman malah ada penyokong yang mempersoalkan mengapa pemain itu diturunkan pada aksi terbabit selain ada juga yang mengharapkan Aidil dapat mengumumkan persaraan buat kali kedua. BH



Zaquan kecewa Aidil dipersendakan


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Cucu celaka, rakam nenek terjatuh tanpa hulur bantuan



Cara Tuntut RM150 Kredit E-Wallet April 2022

Cari duit nak kahwin



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker