Vaksin Covid-19: Guru KAFA digantung tugas, mereka tegar kata MB Selangor

PETALING JAYA: Penggantungan tugas 57 guru Kelas Agama dan Fardu Ain (KAFA) di Selangor dilakukan susulan golongan terbabit masih tegar menolak untuk divaksin walaupun berulang kali dimaklumkan risiko bakal dihadapi, kata Menteri Besar Amirudin Shari.

Beliau berkata, ia juga melalui proses panjang termasuk rundingan serta perbincangan antara beberapa pihak terbabit.

Katanya, guru terbabit juga sudah dimaklumkan mengenai risiko tindakan menolak untuk divaksin termasuk digantung tugas serta ditamatkan perkhidmatan.

“Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) disarankan mengambil langkah rundingan, perbincangan dan sebagainya. Kita sudah ambil langkah wajar dengan mengingatkan mereka (mengenai risiko) sejak Ogos dan September tahun lalu, yang mana kita panggil mereka satu persatu.



“Selepas beberapa proses, mereka ini masih tegar walaupun sudah ulang kali dimaklumkan mengenai risiko bakal mereka hadapi. Kita hormati pendirian mereka, tetapi ia membawa risiko kepada anak-anak dan guru di sekolah, jadi kita tidak mahu mengambil risiko itu,” katanya menurut laporan Berita Harian.

Amirudin berkata, tindakan dikenakan juga demi kemaslahatan dan kepentingan awam.

Semalam, Pengarah JAIS Mohd Shahzihan Ahmad dilaporkan berkata, seramai 57 guru KAFA di negeri itu yang enggan mengambil suntikan vaksin Covid-19 dikenakan tindakan gantung tugas selama dua bulan, mulai bulan ini.

Beliau berkata, semua guru terbabit diberi masa untuk mendapatkan vaksin Covid-19 dalam tempoh gantung tugas itu dan sekiranya masih berdegil dan tidak mahu mengambil suntikan vaksin, tindakan tamat perkhidmatan akan dilaksanakan.



Katanya, tindakan itu dibuat berpandukan ketetapan dikeluarkan pihaknya berdasarkan titah Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah mengingatkan perkara sama kepada pegawai masjid dan jurunikah yang enggan divaksin.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929



CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Cucu celaka, rakam nenek terjatuh tanpa hulur bantuan

Cara Tuntut RM150 Kredit E-Wallet April 2022

Cari duit nak kahwin

Related Articles

Back to top button
%d bloggers like this:

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker