Tuan Ibrahim kata Muafakat Nasional perlu bergerak kehadapan

Muafakat Nasional lebih baik melihat ke hadapan daripada menyalahkan satu sama lain sehingga tiada jalan penyelesaian”.

Demikian kata Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man mengenai dakwaan parti itu menyalahkan UMNO menjadi punca hubungan Muafakat Nasional (MN) tergendala.

Menurut beliau, semua pihak diharap terus bergerak ke arah mewujudkan muafakat ummah daripada menyalahkan sesama sendiri.

“Itu lebih baik daripada kita hanya membebankan kesalahan antara satu sama lain. Kita sepatutnya perlu terus ke hadapan untuk menyatukan ummah di negara ini,” katanya ketika ditemui pada majlis penutupan program Sustain The World Virtual Camp (STWVC) 2022 dan pelancaran Rakan Alam Sekitar (RAS) 2.0 @ Universiti Teknologi Mara (UiTM) di sini, hari ini.

Terdahulu, dakwaan turut timbul bahawa masalah dalaman Pas menjadi punca kedinginan kerjasama MN ketika ini.

Jelas Tuan Ibrahim, hubungan antara Pas dan UMNO menerusi MN masih ada.

“Saya sehingga kini sentiasa berhubung dengan pemimpin-pemimpin UMNO. Cuma mesyuarat rasmi MN ditangguhkan dahulu setakat ini,” katanya.

Ditanya mengenai tarikh pertemuan terakhir MN, beliau hanya memaklumkan ia sudah lama diadakan sebelum ini.

Tuan Ibrahim kata Muafakat Nasional perlu bergerak kehadapan

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Cucu celaka, rakam nenek terjatuh tanpa hulur bantuan

Cara Tuntut RM150 Kredit E-Wallet April 2022

Cari duit nak kahwin

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker