Penasihat kanan syarikat direman berkait projek automotif RM132 juta

Penasihat kanan syarikat direman berkait projek automotif RM132 juta

Seorang penasihat kanan syarikat direman bagi membantu siasatan berhubung projek sebuah institut berkaitan automotif bernilai RM132 juta.

Sumber berkata, perintah reman selama empat hari terhadap suspek lelaki berusia 36 tahun dikeluarkan bermula hari ini hingga 1 April oleh Mahkamah Majistret Putrajaya.



“Suspek lelaki yang merupakan penasihat kanan sebuah syarikat dipercayai memberi suapan berjumlah RM5 juta sebagai balasan bagi syarikat bawah kawalannya mendapat geran projek,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Kanan Bahagian Operasi Khas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Kang Sai, mengesahkan tangkapan dan reman lelaki terbabit.

Beliau berkata, suspek ditahan mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.

SPRM sebelum ini menahan reman sembilan individu termasuk seorang bergelar Datuk bagi membantu siasatan berhubung nilai projek berjumlah RM85 juta membabitkan sebuah institut berkaitan automotif tempatan.



Difahamkan, tempoh reman individu bergelar Datuk itu dilanjutkan selama empat hari bermula esok hingga 2 April. FMT

Penasihat kanan syarikat direman berkait projek automotif RM132 juta


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Cucu celaka, rakam nenek terjatuh tanpa hulur bantuan

Cara Tuntut RM150 Kredit E-Wallet April 2022



Cari duit nak kahwin

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker