Tiada rundingan ambil alih Sapura – Petronas
Tiada rundingan ambil alih Sapura – Petronas
Syarikat minyak dan gas negara Petronas menafikan mengadakan sebarang perbincangan dengan kerajaan mengenai cadangan untuk mengambil alih Sapura Energy Bhd.
Petronas mengakui bahawa wujud spekulasi mengenai “rundingan” dengan Putrajaya mengenai cadangan untuk mengambil alih kepentingan signifikan dalam Sapura.
Menurutnya dalam kenyataan hari ini, Petronas “menyangkal secara mutlak” laporan dan spekulasi berhubung perkara tersebut.
“Petronas sentiasa dan akan terus dipandu hanya oleh rangka kerja yang mantap untuk sebarang pertimbangan pelaburan atau penjualan,” katanya.
Syarikat itu menegaskan bahawa ia kekal komited untuk bekerjasama rapat dengan peserta perkhidmatan dan peralatan minyak dan gas serta memanfaatkan kepakaran dan keupayaan mereka memandangkan aktiviti kini meningkat sejajar dengan pemulihan industri daripada impak Covid-19.
Sapura, sebuah syarikat berkaitan kerajaan (GLC), mengumumkan kerugian RM8.9 bilion tahun lepas, yang menurut bekas perdana menteri Najib Razak, adalah nilai terbesar dalam sejarah bagi mana-mana GLC di negara ini.
Ahli Parlimen Pekan itu menyarankan agar kerajaan memberi pinjaman dengan faedah mudah atau menjamin pinjaman kepada Sapura bagi menyelesaikan masalah aliran tunainya.
Sebagai alternatif, beliau turut mencadangkan agar kerajaan mengarahkan Petronas atau Khazanah Nasional mengambil alih pemilikan Sapura kerana menurutnya, Petronas lebih memahami sektor ini dan masih memerlukan perkhidmatan Sapura bagi projeknya. FMT
Tiada rundingan ambil alih Sapura – Petronas
Baca Artikel Menarik:
- Kerajaan dah hilang asas moral untuk terus memerintah – Nazri
- Dah Sampai Tahap 5 Baru Nak Menyesal! Disini Ada 9 Cara Jaga Buah Pinggang Anda
- Calon Timbalan Presiden PKR pilih Gombak kerana kubu ‘Pengkhianat’
- Mursyidul Am PAS dan Presiden PUTRA mahu Kit Siang diberi penghargaan
- PRU-15 bawa manfaat besar pada ekonomi negara – Pakar
- BN tak sertai GRS: Tidur bantal lain, mimpi tetap sama – Bung
- Bubar Parlimen untuk hadapai PRU-15, Top 5 UMNO masih belum putuskan
- Angkara menipu disamun, dirogol, wanita dihadapkan ke mahkamah
- Indomie Indonesia Jadi Mangsa Serangan Di Ukraine?
- MoU PH-kerajaan terbatal, dakwa Annuar
- DAP bergaduh sama sendiri kerana kes rasuah Guan Eng
- Najib bidas Raja Formula Songsang
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.