Rumah Aliff Syukri Terbakar (Video)

Rumah Aliff Syukri Terbakar (Video)

Jutawan kosmetik, Dato Seri Aliff Syukri dan keluarga berdepan dengan detik cemas apabila salah satu bilik di rumah banglo mereka terbakar pada Rabu.

Asap Naik Sehingga Ke Atas
Menerusi sebuah hantaran di Instagram, menurut Aliff dia menyifatkan kejadian tersebut sebagai sesuatu yang menakutkan apatah lagi seluruh isi rumah menjerit cuba menyelamatkan diri.

Dedah Aliff, ketika itu dia berada di dalam bilik air dan terkejut apabila asap kebakaran tersebut naik sehingga ke ruangan atas rumah mereka.

“Pengalaman yang amat menakutkan saya apabila mendengar jeritan dari anak-anak, pengawal, pembantu peribadi, pembantu rumah dan tukang kebun.

“Asap sampai naik ke atas, semasa itu saya sedang berak (buang air besar) sampai tak sempat nak cuci… tak perasan langsung terbakar.

“Ketika kebakaran itu, orang ketuk pintu (bilik air) dan saya menjerit sambil lari lintang pukang. Sampai tak cukup tanah nak lari, sudahlah rumah saya ni besar sangat,” katanya

Hanya Memikirkan Nyawa Keluarga
Jelas usahawan ini, dia hanya memikirkan ingin selamatkan nyawa keluarga nya sahaja dan mengabaikan segala barangan mewah yang dimiliki.

“Saya lari tapi tak jumpa jalan keluar… waktu tu tuhan je tahu, saya hanya fikir nak selamatkan nyawa keluarga saya sahaja.

“Tak fikir dah jam mahal, rumah mahal… saya buntu dan mengelabah! Siapa nak video bahagian kedua, saya kongsikan ini,” ujarnya.

Dalam hantaran video itu, Aliff turut menunjukkan katil pada salah satu bilik di tingkat bawah rumahnya yang terbakar dan akan berkongsi video bahagian dua tidak lama lagi. Mr

https://www.instagram.com/reel/Cbcr4nKg2Gz/?utm_medium=copy_link

Rumah Aliff Syukri Terbakar (Video)


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Proton Preve bakal diganti model baru

Wulan Guritno berani berbikini

Hina OKU, Kak Long 7E akhirnya mengadap Polis

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker