Ahli politik tak perlu takut dengan RUU Anti Lompat Parti

Ahli politik tak perlu takut dengan RUU Anti Lompat Parti

Ahli politik digesa agar tidak takut dengan pembentangan Rang Undang-Undang (RUU) Anti Lompat Parti di Parlimen.

Ahli Parlimen Pengerang, Datuk Seri Azalina Othman Said menyatakan bahawa dirinya tidak melihat dengan adanya RUU ini akan menyekat kebebasan ahli politik sama ada di peringkat negeri atau pusat.

“Sebab yang penting ialah apabila seorang ahli politik itu menawarkan diri, komitmennya adalah kepada rakyat yang meletakkannya di situ. Yang kita tak nak ialah kebebasan gerakan ini menyebabkan ketidakstabilan.

“Kita banyak kali cakap tentang ketidakstabilan. Daripada Perlembagaan yang ada sekarang, dia (ahli politik yang mahu melompat) hari-hari boleh bertukar parti.

“Ini bukan sahaja isu kata orang mengugat demokrasi tetapi ini sesuatu pendekatan yang menghina kepada pengundi,” katanya ketika menjadi panel dalam Dialog Tiga Penjuru yang disiarkan di Astro Awani pada Khamis.

Turut menjadi panel ialah Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil dan Ahli Parlimen Seremban, Anthony Loke Siew Fook.

Tambah Azalina, dengan adanya RUU ini, ia akan dapat mengurangkan tekanan kepada pengundi apabila mereka keluar mengundi dalam pilihan raya nanti.

“Sekurang-kurangnya akta anti lompat parti ini boleh mengurangkan tekanan kepada pengundi bila dia keluar mengundi.

“Dia tahu bahawa kalau ahli Parlimen dia bergerak, adanya pendekatan remedi yang wujud untuk dia sebagai pengundi,” jelasnya. Sinar

Ahli politik tak perlu takut dengan RUU Anti Lompat Parti


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Proton Preve bakal diganti model baru

Wulan Guritno berani berbikini

Hina OKU, Kak Long 7E akhirnya mengadap Polis

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker