Rider Foodpanda digantung kerja
Rider Foodpanda digantung kerja
Persatuan Penghantar P-Hailing Malaysia (Penghantar) menghantar memorandum bantahan kepada sebuah syarikat penyedia perkhidmatan p-hailing semalam kerana tertekan selepas ahlinya digantung kerja tanpa alasan kukuh.
Difahamkan, kira-kira 100 penghantar makanan sebuah syarikat digantung 10 hari di seluruh Malaysia sehingga menjejaskan pendapatan mereka.
Penghantar makanan, Mohamad Firdaus Mohamad Rosli, 39, berkata, tindakan itu mengejutkan dan dianggap tidak wajar kerana mereka mematuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan.
“Melalui skema bayaran terbaharu telah dijelaskan rider boleh membuat keputusan untuk menerima atau menolak pesanan.
“Namun, apabila ada penghantar yang berbuat demikian, tahap batch kami semakin jatuh seterusnya menjejaskan kerja kerana perlu mengejar lebih banyak pesanan,” katanya ketika ditemui. Turut hadir Presiden Penghantar, Muhammad Zulhelmi Mansor.
Sementara itu, Amar Firdaus, 30, pula berkata, penghantar makanan yang berkhidmat selama enam tahun menjelaskan faktor mereka menolak pesanan kerana jarak terlalu jauh sehingga mencecah 15 kilometer (km).
“Jarak itu tidak sepadan dengan bayaran batch ditetapkan iaitu RM4.30. Jika kita ambil pesanan, anggaran kenaikan RM4.70 bagi rider batch 4.
“Faktor keselamatan juga perlu diambil kira kerana kita meredah trafik tanpa mengira cuaca bagi mengelak digantung,” ujarnya.
Imam Ilyas berharap sistem dan kadar bayaran yang telus dan jelas dilaksanakan supaya tidak mengelirukan penghantar makanan.
Muhammad Zulhelmi pula berkata, isu tersebut perlu diselesaikan dengan kadar segera.
Katanya, kajian dan penelitian semula radius zon operasi perlu dilaksanakan selain mencadangkan jarak maksimum ditetapkan kepada 4km.
Sementara itu, usaha Kosmo! untuk mendapatkan penjelasan daripada wakil syarikat Foodpanda Sdn. Bhd tidak berhasil kerana panggilan tidak dijawab.
K Online
Rider Foodpanda digantung kerja
Baca Artikel Menarik:
- Kerajaan dah hilang asas moral untuk terus memerintah – Nazri
- Dah Sampai Tahap 5 Baru Nak Menyesal! Disini Ada 9 Cara Jaga Buah Pinggang Anda
- Calon Timbalan Presiden PKR pilih Gombak kerana kubu ‘Pengkhianat’
- Mursyidul Am PAS dan Presiden PUTRA mahu Kit Siang diberi penghargaan
- PRU-15 bawa manfaat besar pada ekonomi negara – Pakar
- BN tak sertai GRS: Tidur bantal lain, mimpi tetap sama – Bung
- Bubar Parlimen untuk hadapai PRU-15, Top 5 UMNO masih belum putuskan
- Angkara menipu disamun, dirogol, wanita dihadapkan ke mahkamah
- Indomie Indonesia Jadi Mangsa Serangan Di Ukraine?
- MoU PH-kerajaan terbatal, dakwa Annuar
- DAP bergaduh sama sendiri kerana kes rasuah Guan Eng
- Najib bidas Raja Formula Songsang
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Wulan Guritno berani berbikini
You must be logged in to post a comment.