Beberapa negara Eropah tarik balik sekatan COVID-19 terlalu ‘tergesa-gesa’

Beberapa negara Eropah tarik balik sekatan COVID-19 terlalu ‘tergesa-gesa’

Beberapa negara Eropah, termasuk Jerman, Perancis, Itali dan Britain, menarik balik sekatan COVID-19 yang terlalu ‘tergesa-gesa’ dan kini menyaksikan peningkatan kes yang mungkin disebabkan oleh varian BA2 yang lebih mudah ditularkan, kata Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) hari ini.

Pengarah WHO Eropah, Hans Kluge, pada sidang akhbar di Moldova memaklumkan, beliau ‘optimis namun tetap berwaspada’ berkaitan perkembangan pandemik di Eropah.

Katanya, jangkitan COVID-19 semakin meningkat di 18 daripada 53 negara di benua Eropah.

“Terdapat negara yang mempunyai peningkatan tertentu iaitu United Kingdom, Ireland, Greece, Cyprus, Perancis, Itali dan Jerman,” katanya.

Katanya, sebab utama peningkatan itu berkemungkinan varian BA2, yang lebih mudah ditularkan namun kurang berbahaya daripada varian lain.

“Justeru, negara-negara itu boleh menarik balik sekatan yang terlalu kejam daripada terlalu banyak kepada yang kurang sedikit,” katanya.

Menurut pangkalan data WHO, jumlah kes baharu COVID-19 di Eropah turun mendadak selepas mengalami lonjakan pada akhir Januari, tetapi telah meningkat semula sejak awal bulan ini.

Sepanjang tempoh tujuh hari lalu, lebih 5.1 juta kes baharu dan 12,496 kematian dilaporkan di benua Eropah.

Itu menjadikan jumlah kes sejak permulaan pandemik kepada hampir 194.4 juta dan jumlah kematian kepada lebih 1.92 juta. BH

Beberapa negara Eropah tarik balik sekatan COVID-19 terlalu ‘tergesa-gesa’


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


13 Negara Boleh Melancong Tanpa Perlu Kuarantin Ketika Pulang

Kerajaan sedang kaji mengapa ramai guru bersara awal

Ibu Terkejut Perut Anak Membesar, Rupanya Dirogol Sepupu Sendiri

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker