Tak puas hati ibu dimarah, lelaki serang tukang gunting pekak guna besi

Tak puas hati ibu dimarah, lelaki serang tukang gunting pekak guna besi

Wanita pekak yang juga tukang gunting rambut menerima lima jahitan di kepala selepas diserang anak pelanggannya menggunakan besi, dalam kejadian di Felda Trolak Selatan, Sungkai, Ipoh, Perak.

Dalam kejadian Isnin lalu, lelaki berusia 35 tahun itu menyangka mangsa “memarahi” ibunya yang sedang digunting rambut kerana tukang gunting itu menggunakan nada tinggi ketika bercakap.

Ketua Polis Perak, Mior Faridalathrash Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira 11 pagi itu menyebabkan wanita berusia 62 tahun cedera di kepala akibat serangan berkenaan.

Katanya, kejadian berlaku ekoran salah faham kerana mangsa yang mengambil upah menggunting rambut dari rumah ke rumah mempunyai masalah pendengaran.

“Ketika bercakap dengan pelanggan, mangsa yang pekak telah bercakap dengan nada yang tinggi dan ini menyebabkan suspek menyangka mangsa sedang memarahi ibunya.

“Marah dengan keadaan itu, suspek telah menyerang mangsa dari arah belakang dan mengetuk kepalanya dengan sebatang besi,” katanya menurut laporan Kosmo.

Katanya, mangsa yang berlumuran darah berlari ke arah rumah jiran untuk meminta pertolongan sebelum dibawa ke klinik kesihatan bagi mendapatkan rawatan.

Katanya, polis yang dimaklumkan kejadian itu ke lokasi dan menahan suspek serta merampas sebatang besi digunakan untuk mencederakan mangsa.

“Berdasarkan semakan, suspek mempunyai 18 rekod lampau bersabit kes jenayah dan dadah. Ujian awal saringan air kencing juga mendapati suspek positif dadah jenis methamphetamine,” katanya. FMT

Tak puas hati ibu dimarah, lelaki serang tukang gunting pekak guna besi


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Nasi lemak berlauk tahi ikan bilis

Janna Nick bangga, fenomena Gatal jangkiti PSY

BBQ meletup ketika berkelah bikin ramai terkejut (Video)

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker