Lindungi hak pengundi majoriti — MYKMU.NET

Lindungi hak pengundi majoriti



Sebaran :

SAUDARA PENGARANG,

PERLEMBAGAAN Singapura melindungi majoriti pengundi di sesuatu kawasan Parlimen di republik itu.

Perkara 46(2)(b) Perlembagaan Singapura menyatakan: “Kerusi seorang ahli Parlimen hendaklah menjadi kosong jika dia tidak lagi menjadi ahli politik yang bagi parti itu dia telah bertanding sebagai calonnya dalam pilihan raya; atau dia dipecat; atau dia berhenti daripada menjadi ahli parti politik itu.”



Perkara sama juga terdapat dalam Pelembagaan Persekutuan. Perkara 46 Fasal (1) yang wajib dibaca bersama-sama Perkara 10 Fasal (1)(a) melindungi hak majoriti pengundi yang telah memilih seseorang wakil rakyat dengan sah pada pilihan raya umum bagi setiap kawasan Parlimen.

Muafakat Nasional Retak Disebabkan Kelemahan Zahid, Berdolak-dalik Terhadap Segala Ketetapan Parti – Nazri Aziz

Perkara 46 Fasal (1) serta Perkara 10 Fasal (1)(a), jelas menolak tindakan yang akan menyebabkan hak majoriti pengundi yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan kelihatan rendah mutu (to derogate) dan juga kelihatan diperkecilkan (to diminish).

Maka, 27 wakil rakyat Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang sebelum ini bertanding sama ada sebagai calon UMNO atau PKR pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) tetapi keluar parti, maka dengan sendirinya telah gugur kelayakan sebagai salah seorang daripada 222 ahli Parlimen.



Kawasan Parlimen yang diduduki 15 bekas wakil rakyat UMNO dan 12 dari PKR selepas menang pada PRU-14 hendaklah menjadi kosong.

MELAYU MALAYSIA
Kuala Lumpur

 

Hubungan Umno, Bersatu perlu bertaut kembali – Pas


Sebaran :


Leave a Reply