Muafakat Nasional Retak Disebabkan Kelemahan Zahid, Berdolak-dalik Terhadap Segala Ketetapan Parti – Nazri Aziz

PETALING JAYA: Perpecahan gabungan Muafakat Nasional (MN) susulan percanggahan pendapat sesama pemimpin UMNO dan Pas berpunca daripada kegagalan serta kelemahan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Ketua UMNO Bahagian Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz berkata, malah Ahmad Zahid dilihat tidak mampu menggerak atur hala tuju parti sehingga menyebabkan ramai termasuk pemimpin Pas hilang keyakinan terhadap kebolehan beliau.

Beliau berkata, kepincangan kepemimpinan Ahmad Zahid makin jelas apabila menteri-menteri UMNO lebih mengutamakan bertemu dengan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) berbanding presiden parti sendiri.

“Segala-galanya berpunca akibat hilang keyakinan kepada Ahmad Zahid, dia sekejap cakap macam ini, sekejap cakap macam itu. Beliau dilihat tidak tegas berhubung keputusan Perhimpunan Agung UMNO meskipun memperoleh sokongan majoriti perwakilan,” katanya.

Tok Mat: ‘Kepala pemimpin Umno mesti sejuk, jangan keluar api’

Mohamed Nazri berkata, Ahmad Zahid perlu berpegang kepada prinsip dan tegas dalam membuat keputusan dengan tidak berdolak-dalik terhadap segala ketetapan parti.

“Kalau cakap A, maka A perlu dipatuhi. Jangan hari ini cakap A, esok cakap B pula,”

Ahli Parlimen Padang Rengas tersebut juga menjelaskan, keputusan Pas itu juga sebenarnya mempunyai motif politik tertentu sedangkan hubungan akar umbi dalam kalangan ahli UMNO dan Pas masih baik.

Katanya, ahli akar umbi kedua-dua parti secara terang-terangan menolak kerjasama dengan Bersatu yang dilihat mempunyai agenda tersirat.

Hubungan Umno, Bersatu perlu bertaut kembali – Pas

Sementara itu, Timbalan Pengerusi UMNO Johor, Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata, terkuburnya MN bukan disebabkan oleh UMNO sebaliknya oleh sikap Pas yang tidak ikhlas dalam menjalinkan hubungan kerjasama dan hanya mementingkan agenda kepentingan politik sendiri.

Menurutnya, malah keikhlasan Pas kini dipersoalkan sejak menjadi sebahagian kerajaan Perikatan Nasional (PN) sehingga sanggup mengetepikan kerjasama MN bersama UMNO yang diwujudkan sejak masing-masing berada dalam blok pembangkang.

Katanya, malah parti itu kini sanggup menjadi alat politik Bersatu setelah selesa menggalas kedudukan jawatan kabinet dan agensi serta syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

“Sejak kematian Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, parti itu seolah-olah hilang arah tuju dan kini hanya ke arah materialistik (kebendaan) kerana mereka kini menyokong kepada pihak mempunyai kepentingan sahaja.

“Daripada Pakatan Rakyat sehingga Gagasan Sejahtera. Selepas itu, beralih pula kepada MN dan kini Perikatan Nasional (PN) pula, apa makna semua ini? Ini menunjukkan mereka tidak ikhlas dalam landasan politik,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Selain menyelar perbuatan itu, beliau menegaskan Pas dilihat memilih bulu dalam menjalinkan kerjasama politik.

“Ketika dalam pembangkang mereka memilih DAP dan PKR, kemudian pula UMNO. Tetapi bila jadi kerajaan, pilihan seterusnya adalah Bersatu. Jadi di mana pendirian Pas sekarang,” katanya

MIC rela berkorban kerusi apa salahnya UMNO juga berkorban dalam PRU-15

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker