Pemilihan DAP Kelantan ditandingi bekas Ketua Pemuda Umno Gua Musang — MYKMU.NET

Pemilihan DAP Kelantan ditandingi bekas Ketua Pemuda Umno Gua Musang



Sebaran :

Bekas ketua pemuda Umno Gua Musang, Bazlan Baharuddin, tampil menjadi calon dalam pemilihan jawatankuasa DAP Kelantan yang bakal berlangsung 9 April ini.

Menyertai parti itu sekitar Ogos 2019, Bazlan berkata dia berbuat demikian bagi membantu menguatkan lagi parti itu di Kelantan.

“Dengan pengalaman lalu yang saya ada mungkin sedikit sebanyak boleh membantu memperkukuhkan dan memperkasakan lagi DAP Kelantan.



“Saya yakin dengan adanya calon-calon jawatankuasa daripada kaum Melayu dan diharap sekiranya kami menang nanti, ia memudahkan lagi gerak kerja parti di negeri ini termasuk untuk mengadakan program,” katanya ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.

Mesyuarat Dewan Tertinggi BN batal? Ada parti tidak dapat hadir – Sumber

Bazlan menggalas jawatan ketua pemuda Umno Gua Musang sejak 2008 hingga 2013.

Sementara tiu, dia berharap keputusan pemilihan kali ini akan membariskan jawantakuasa negeri dengan komposisi kaum yang seimbang.



“Hasrat saya supaya masyarakat sedar bahawa DAP bukanlah parti rasis seperti yang didakwa dan boleh disertai oleh sesiapa sahaja tanpa mengira latar belakang.

“Bagi pemilihan kali ini diharap 15 ahli jawatankuasa yang dipilih nanti seimbang dari segi komposisi kaum dan mampu menarik lebih ramai keahlian baru,” katanya.

Dalam perkembangan itu Pengerusi Protem DAP Kelantan, Chua Chin Hui berkata, mengesahkan seramai 27 calon akan bersaing dalam pemilihan bagi penggal 2021-2023.



 

Dakwaan Langkah Membatalkan Pendaftaran UMNO, Ketua Pengarah ROS Menafikan


Sebaran :


Leave a Reply