Mesyuarat Dewan Tertinggi BN batal? Ada parti tidak dapat hadir – Sumber


Mesyuarat Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) yang dijadualkan malam ini mungkin dibatalkan.

Ia selepas ada parti komponen BN dilapor tidak dapat hadir pada mesyuarat tersebut.

“Ini masih lagi spekulatif. Ia bukan isu korum. Korum mungkin cukup. Tetapi ia lebih kepada rasa hormat (courtesy) dalam kalangan komponen.

“Kita mahukan semua parti berada bersama dalam mesyuarat BN,” kata sumber yang merupakan pemimpin kanan sebuah parti komponen BN ketika dihubungi Astro AWANI di sini hari ini.

Bagaimanapun, sehingga laporan ini dikeluarkan, Astro AWANI masih menunggu pengesahan sama ada mesyuarat tersebut diteruskan ataupun tidak.

Malaysiakini melaporkan, Presiden MIC Tan Sri S.A Vigneswaran berkata, dia tidak tahu-menahu berhubung mesyuarat tersebut.
“Saya tidak tahu, saya tidak sihat. Biar saya bercakap dengan mereka dulu.

“Biar saya cakap dengan MCA dulu,kerana ada perubahan (pada agenda). Saya akan bercakap dengan Pengerusi BN dahulu,” ujar beliau seperti dilapor Malaysiakini pada Isnin.

Bagaimanapun, MIC secara jelas menyatakan sokongan mereka kepada Bersatu.

Pendirian dua parti gabungan BN lain, MCA dan Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) pula masih tidak jelas.

Sumber MCA mengesahkan bahawa pemimpin partinya akan hadir mesyuarat malam ini yang dipengerusikan oleh Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi di Bangunan Umno di Kuala Lumpur.

Kerjasama gabungan politik pada PRU15, CWC MIC tentukan

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker