11 juta nombor telefon rakyat Malaysia terdedah kebocoran data Facebook

EN
BM
中文
தமிழ்
STAY INFORMED. SUBSCRIBE NOW.
Log Masuk
Langgan
Kini Community
Utama
Terkini
Parlimen
Sukan
Seni & Hiburan
Global
Pilihan Editor
LensaKini
KiniTV
Makmal Berita
Jejak Wabak
Laporan Khas
Wawancara
Kolum
Ulasan
Surat
Pengumuman
Acara
Pengiklanan
Whatsapp
Tentang Malaysiakini
Email
image placeholder
BERITA

Diterbitkan 56 minit lepas
Dikemaskini 40 minit lepas

A
+
A

Kebocoran data besar-besaran berpotensi mendedahkan sebanyak 11,675,894 nombor telefon Malaysia yang dihubungkan dengan akaun Facebook.

Ini sebahagian dakwaan kebocoran data sebanyak 533 juta akaun Facebook. Pada masa penulisan berita ini, Facebook belum secara rasmi mengakui kebocoran berkenaan.



Kebocoran itu dimaklumkan oleh pengasas syarikat keselamatan siber Israel, Hudson Rock, Alon Gal.

Setakat ini, pengarah komunikasi strategik Facebook, Liz Bourgeois berkata melalui ciapan di Twitter bahawa kebocoran itu merupakan “data lama yang telah dilaporkan pada tahun 2019” dan telah diperbaiki.

Bagaimanapun, pemeriksaan bebas oleh Malaysiakini mengenai sebilangan kecil nombor yang dibocorkan itu mengesahkan kebanyakan nombor tersebut adalah sah.

Bahagian kebocoran Malaysia disusun mengikut nombor telefon, bermula dengan awalan 010 dan berakhir dengan awalan 019.



Nombor telefon yang terdedah merangkumi orang-orang terkenal dan tidak terkecuali kakitangan Malaysiakini juga.

Kebocoran itu boleh menjadi risiko keselamatan yang berpotensi, terutama kerana bank-bank Malaysia menghendaki pelanggan menggunakan sistem pengesahan kod SMS TAC yang terdedah terhadap penipuan, melalui kaedah memintas SMS.

Kalau anda terlepas…

KOLUM | Kita tak selamanya benar
Teknik SS7, menyamar melalui SMS palsu adalah teknik biasa untuk memintas mesej SMS.
Banyak akaun dalam talian, termasuk Facebook, menggunakan SMS untuk mendapatkan kunci pengesahan dua faktor.



Maklumat lain yang terdapat dalam kebocoran itu merangkumi nombor ID unik untuk setiap akaun Facebook.

Beberapa makluman lain termasuk status perkahwinan, tempat kerja dan lokasi semasa. Mk

Keengganan KKM kongsi data buat kami ‘bertinju’ dalam keadaan mata tertutup – Dr Dzul



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker