73 kematian baharu Covid-19, 21,483 kes

73 kematian baharu Covid-19, 21,483 kes

Kementerian Kesihatan (KKM) melaporkan 73 kes kematian Covid-19 semalam, menurut perincian dikeluarkan GitHub.

KKM turut melaporkan 21,483 kes Covid-19 dan termasuk 21,089 penularan tempatan dan 394 kes import.



Daripada jumlah kematian itu, 25 korban diklasifikasikan sebagai kematian di luar hospital (BID).

Jumlah kumulatif kematian kini mencecah angka 34,535.

Perak mencatatkan angka kematian tertinggi iaitu 19 kes, diikuti Johor dan Selangor (masing-masing 11 kes), Kedah (sembilan), Pulau Pinang (lapan); Kelantan, Melaka, Sabah dan Terengganu (masing-masing tiga), serta Negeri Sembilan, Perlis dan Sarawak (masing-masing satu kes).

Tiada kes kematian dilaporkan di Pahang, Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya.



Sehingga tengah malam tadi, sebanyak 252,671 kes aktif dilaporkan, termasuk 339 yang ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) dan 209 yang memerlukan alat bantuan pernafasan.

Sebanyak 32,561 kes sembuh turut dilaporkan.

Jumlah kumulatif kes Covid-19 direkodkan di negara ini kini mencecah angka 4,032,435. FMT

73 kematian baharu Covid-19, 21,483 kes




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


13 Negara Boleh Melancong Tanpa Perlu Kuarantin Ketika Pulang



Kerajaan sedang kaji mengapa ramai guru bersara awal

Ibu Terkejut Perut Anak Membesar, Rupanya Dirogol Sepupu Sendiri



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker