Tajuddin nyata terkejut apabila ada ‘pemimpin’ terkejut dengan kewujudan ‘Cai’

Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno Tajuddin Abdul Rahman berkata kewujudan cai tertentu dalam parti itu bukanlah perkara asing. Beliau nyata terkejut seolah-olah ada pemimpin parti terkejut dengan perkara sebegitu.

Katanya setiap kali ada pemilihan dalam Umno cai sebegitu akan muncul.

Malah dia mempersoalkan mengapa ada pemimpin parti yang seolah-olah terkejut dengan perkara sebegitu.

“Soal cai ini perkara biasa, setiap kali pemilihan ada cai.

“Kenapa rasa macam tak biasa tentang benda tu? Apa yang menghairankan, yang tak normalnya?

“Setiap kali pemilihan cawangan, bahagian, majlis kerja tertinggi, mesti ada cai,” katanya kepada media selepas sesi ucapan dasar presiden di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur hari ini.

Terdahulu dalam ucapannya Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi menyindir pihak tertentu dalam parti yang didakwanya sedang membuat perancangan bagi menghadapi pemilihan parti tahun ini.

Ahmad Zahid Hamidi

Kata Ahmad Zahid, ketika ini pihak terbabit sedang “berpasang-pasangan” dipercayai merujuk kepada usaha mereka membentuk satu pasukan yang lebih besar.

“Bukan saya tidak tahu, sekarang pun sudah ada berpasang-pasangan, ada cai. Harap-harapnya pasangan-pasangan tu kekallah,” katanya.

Menurut Tajuddin sebagai orang yang sudah berpuluh tahun terbabit dalam Umno dia sudah menyaksikan pelbagai cai muncul setiap kali berlaku pemilihan.

“Tak payah cakaplah… saya dah 45 tahun dalam Umno, berapa banyak pertandingan saya dah lihat. Ada sahaja cai ini,” katanya.

Sementara itu Timbalan Presiden MIC M Saravanan juga menganggap kewujudan cai dalam pemilihan sesebuah parti sebagai perkara biasa.

Ditemui di lokasi sama, menteri sumber manusia itu memberitahu, apa yang penting ialah sikap seseorang itu menguruskan cai berkenaan.

“Semua dalam politik adalah…. Apa yang penting, walaupun ada cai, kita ada sikap keterbukaan,” katanya.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Mahathir, Anwar & Hadi sudah tidak releven dalam politik negara

Muafakat Nasional kemungkinan terkubur kerana ego PAS

Memalukan! Tiga wanita bergelek di majlis akhir tahun sekolah tahfiz [VIDEO]

Rafizi tidak mahu ‘langgar’ Anwar kerana mahu parti stabil

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker