130 ketua bahagian Umno sokong Zahid

130 ketua bahagian Umno sokong Zahid

Sekumpulan ketua bahagian Umno yang dikatakan mewakili 130 ketua bahagian menyatakan sokongan kepada Zahid Hamidi, di sebalik desakan beberapa pihak yang mahu beliau meletak jawatan.

Gesaan mereka disampaikan menerusi Ketua Bahagian Wangsa Maju, Shafie Abdullah, yang menyeru pendesak Zahid supaya kembali mengukuhkan parti.



“Setelah bincang tadi, kita ingin nasihatkan ketua bahagian masih ragu, bimbang, syak wasangka dan fikir macam-macam, sila kembali dan kita satukan seluruh Malaysia.

“Pada kita, kita berlapang dada agar Umno bersatu kerana kita hanya menang 30 kerusi. Kalau kita tak bersatu, maka malanglah masa hadapan,” katanya dalam sidang media di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTC).

Shafie berkata, sidang media itu dihadiri 90 ketua bahagian dan 40 lagi menyuarakan sokongan mereka melalui pesanan mesej.

Gesaan untuk Zahid berundur mula timbul selepas BN memenangi hanya 30 kerusi pada pilihan raya umum ke-15.



Malah, tiga parti komponen BN, MCA, MIC dan PBRS turut mengemukakan undi tidak percaya terhadap Zahid semalam atas dakwaan beliau mengkhianati keputusan Dewan Tertinggi BN untuk berkecuali serta tidak menyokong Perikatan Nasional atau Pakatan Harapan menubuhkan kerajaan baharu.

Shafie berkata, beliau kesal dengan kenyataan parti komponen BN itu.

“Sedangkan mereka ni kita bawa, kendong dah berapa puluh tahun, kerusi-kerusi yang mereka menang adalah majoritinya Melayu dan apabila kita genting, mereka cuma berpaling tadah.”

Beliau berkata, Zahid yang turut menghadiri majlis itu mengingatkan semua pemimpin dan akar umbi Umno bersatu.



“Itu pesanan beliau dalam pertemuan ketua-ketua bahagian Umno sebentar tadi,” katanya. FMT

130 ketua bahagian Umno sokong Zahid


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Dari mana Muhyiddin ada ‘puluhan juta’, warganet tanya Annuar

Pemain Arab Saudi terima hadiah Rolls Royces Phantom



Kami tak jual prinsip parti – Azalina

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker